...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Ahad, 15 Mei 2011

Mampukah Kita Menjadi Wanita Solehah Seperti Siti Khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin pertama)

Siti Khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin pertama) ialah isteri Rasulullah s.a.w, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.dalam hayat baginda Rasulullah junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Nama penuhnya ialah Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah. Tarikh lahir beliau, ada riwayat mengatakan beliau telah dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah. Iaitu sebelum Tahun Gajah kira-kira lima belas tahun. Tahun Gajah itu ialah tahun dimana Rasulullah s.a.w dilahirkan. Usia nabi Muhammad s.a.w ketika dia berkahwin dengan Siti Khadijah ialah 25 tahun, manakala usia Siti Khadijah pula ketika itu 40 tahun. Siti Khadijah sebagai Ummul Mu’minin pertama mempunyai keistimewaan tersendiri, berbeza dari sekalian isteri-isteri nabi yang lain.

Keistimewaan Siti Khadijah itu penting dan menonjol sekali. Dia adalah seorang wanita yang jelitawan, mempunyai harta kekayaan, tergolong antara orang-orang yang ternama di Makkah. Keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir kepada Qushai. Dari sebelah ibunya, yang bernama Fatimah bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah. Siti Khadijah r.a telah hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w yang mulia itu selama 24 tahun.

Disepanjang masa ini, Siti Khadijah r.a tetap menjadi suri rumahtangga, dan kekal terus menjadi isteri yang satu-satunya kepada Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin lagi, melainkan setelah Siti Khadijah r.a wafat dalam usia 64 tahun dan 6 bulan. Apabila Siti Khadijah r.a wafat, Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah mengangkatnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkannya ke dalam liang lahadnya. Siti Khadijah r.a telah melahirkan 6 orang anak. Padahal isterinya yang terkemudian tidak seorang pun mendapatkan anak bagi Nabi s.a.w. Siti Khadijah menanggung pelbagai penderitaan bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam penyeruannya kepada Islam. 

Dia juga telah merasakan bersama-sama Rasulullah kepiluan maut ketika menghadapi kewafatan dua orang anak lelakinya yang bernama Qasim dan Abdullah. Yang lain ialah 4 puteri iaitu Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kaltsum, Fatimah RadhiAllahu anhunna. Di dalam sejarah Islam Siti Khadijah r.a dikira orang pertama beriman dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w. Setelah wafatnya Siti Khadijah r.a Ummul mu’minin pertama, bermulalah peringkat baru yang lain yang dihadapi oleh rasulullah s.a.w. Kaum Quraisy sudah tidak ada orang yang akan disegani lagi, sesudah kewafatan Abu Talib dan Siti Khadijah. 

Maka orang-orang Makkah semakin buas menimpakan kesusahan dan penganiayaan dengan sewenang-wenangnya ke atas kaum muslimin. Nama Siti Khadijah r.a tetap hidup suci dan segar dalam ingatan Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa menyebut-nyebut Siti Khadijah r.a sehingga menimbulkan rasa cemburu pada Siti Aisyah r.a. Ramai pengkaji sejarah merumuskan, bahawa perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan seorang isteri yang berusia lebih tua dari usia baginda dan yang telah menjadi dua kali janda, mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi, yang mana jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda, mungkin isteri itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Siti Khadijah Binti Khuwailid itu. 

Pengalaman dan kesabaran seorang wanita yang lebih umurnya itu tentu sekali telah banyak menolong Siti Khadijah r.a sebagai isteri nabi di dalam keadaan masa yang serba rumit dan penuh dengan krisis itu. 
Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.


Gambar Peninggalan Tempat Tinggal Rasulullah s.a.w bersama  Siti Khadijah r.a
Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda. Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang. 
Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.


Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji  Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam. 


Moga-moga Allah akan membalas segala kebaikannya, merahmatinya dan meredhainya. Amin Ya Allah...






Dapatkah ku didik jiwa ini seperti Siti Khadijah...
Isteri yang memberi selimut waktu baginda kedinginan 
dilanda wahyu pertama?

Ketika segalanya meminggir, 
Khadijah tega dan sedia menjadi insan terhampir.
Segalanya diserahkan kepada perjuangan suami… 
kerana dia dan suami adalah satu.
Satu hati menegakkan kalimah yang satu dilautan berhala yang beribu!

Tergenang air mata Rasul bila mengenangkan Khadijah.
Jauhari yang mengenalnya sewaktu gelap Jahiliyah.
Orang lain buta, tetapi Khadijah tidak…
dia tetap mengenal permata di tengah celahan kaca.
Lantas dia menjadi mahkota di hati Rasulullah.

Dukacita Nabi atas pemergiannya diubati 
oleh peristiwa besar Israk dan Mikraj.
Lalu Tahun Dukacita abadi dalam sejarah...
Nostalgia duka yang berbekas di hati Rasulullah.


Ketika hidupnya, ketika pemergiannya, 
Rasul mengenangnya.

Tatkala ada hidangan yang hendak dijamukan,
sering Rasul berpesan…
kirimkan kepada kawan-kawan Siti Khadijah.
Siapa yang menghantar makanan ke gua Hira’
ketika Nabi Muhammad gelisah di tengah amukan jahiliyah.
Siapa pula yang menahan kesukaran
untuk hamil dan melahirkan cahaya mata Rasulullah?
Kita tentu akur bahawa srikandi cinta Rasul ialah Siti Khadijah...


5 ulasan:

  1. aku tersentuh apabila membaca kisah siti khadijah ini ..
    mampukah aku menjadi seorang isteri macam siti khadijah ..

    BalasPadam
  2. tiada yang mustahil jika yakin akan kekuasaan Allah.

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum mbak, saya suka sekali baca puisinya, bolehkah dipakai dalam kajian muslimah yang hendak kami adakan? J

    BalasPadam
  4. Bilakah tarikh sebenar kelahiran Siti Khadijah kalau nabi Muhammad 20 April.

    BalasPadam