Alhamdulillah...Comelnya al-Quran nie! boleh bawa ke mana-mana je. Senaskah tak sampai rm50 ...takpe belanjakan wang tu di jalan Allah. Al-Quran Darul Iman adalah al-Quran dengan terjemahannya yang berasaskan kepada Resm Uthmani dan telah diluluskan oleh Penerbitan Teks Al-Quran KDN.
Jika anda seorang ulat buku atau bukan ulat buku apakata tukarkan bahan bacaan tu dengan membaca al-quran. Contohnya anda gemar membaca majalah hiburan tentang gosip artis, komik ke....kan lebih elok anda tukarkan bahan bacaan kepada al-quran.
....Dan jika anda sedang duduk menunggu giliran anda di mana-mana kaunter ke atau sedang menunggu komuter atau bas ke...apa-apa je...ishh...ishh...ishhh daripada anda duduk termenung kosong atau tengok gelagat orang lain....baik anda habiskan masa terbuang tu dengan membaca al-quran walau sepotong ayat al-quran sekalipon. Banyak manfaatnye...amalan kita bertambah pahala pon dapat...ilmu pon dapat....masyaAllah~
Saya teringat pada satu hadis dari Hazrat Abu Sa'id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu. Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk (ciptaanNya)." Hadis Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)
Keterangan maksud hadith di atas ialah seseorang yang sentiasa sibuk menghafal, mempelajari atau memahami al-Quran sehingga tidak ada masa untuk berdoa maka Allah SWT akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada yang diberikan kepada orang lain yang berdoa kepadaNya.
Berkenaan keadaan yang sama seperti hadith di atas, dalam hadith yang lain dinyatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan kepada orang yang sibuk dengan al-Quran pahala yang lebih afdal daripada pahala yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang bersyukur.
Nah! Subhanallah...Begitu besar dan hebatnya keistimewaan yang Allah berikan kepada orang yang membaca al-Quran. Jadikanlah ia salah satu hobi atau amalan kita seharian. Saya sendiri mula mengamalkannya dengan membawa mini al-Quran kemana saya pergi, saya luangkan sedikit masa dengan membacanya dan.............jika anda membaca, anda dapat merasakan kenikmatannya dan pasti seronok seolah-olah anda tidak mau berhenti membacanya. Makin lama makin dekat kita mengenali al-Quran ini makin seronok kita membacanya. Subhanallah...
Kalu tak percaya??? Cubalah!....dan selamat beramal (^_~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan