...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Isnin, 2 Mei 2011

Berakhirnya Sebuah Cinta



Berakhirnya sebuah cerita
Cerita aku
Cerita dia
Tiada lagi tawa
Sunyi dari gelak ceria
Berlalu...bertemankan angin senja

Tak perlu lagi diukir kembali cerita itu
Tayangannya sudah berakhir
Ribuan manusia sedia mengerti kesudahannya
Dan aku
Diam membisu
Tiada sebarang pengucapan mampu kuluahkan
Daim tanpa kata

Kini 
Ukirkan kembali cerita baru
Usah ditangisi lagi kesudahan
Cerita nan lalu
Biarkan ia sendirian...

Tenung dan renungilah mata ini
Yang bisa berkata-kata
Yang mengerti episod cerita itu
Yang memahami akan pahitnya kesudahan
Cerita cinta itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan