...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Karim


Ramadhan Karim!! Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan: “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.  

‘Ramadhan Karim’ sering diucapkan oleh masyarakat Arab sebagai penghormatan atas datangnya bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan keampunan. Bulan Ramadhan digelar Karim kerana bulan ini adalah bulan yang istimewa dan menyimpan banyak anugerah Allah yang dikhususkan bagi umat Nabi Muhammad s.a.w, antaranya terbuka luasnya pintu taubat dan ampunan serta dilipatgandakannya pahala-pahala kebaikan, disamping rahsia agung yang tersimpan dalam Lailatul qadar-Nya.

Jika seseorang diberi kehormatan oleh orang lain dengan ucapan ‘Ramadhan Karim’ maka hendaknya orang tersebut membalasnya dengan ucapan ‘Allahu Akram’ (Allah Maha Pemurah).  Jawaban ini patut diucapkan agar kita sedar bahawa Allah adalah dzat yang maha pemurah lagi maha dermawan atas segala anugerah yang tak terhitung selama kita hidup di dunia.

Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita. Semoga Allah membantu kita untuk meneruskan amalan-amalan ini secara berterusan sepanjang tahun; biarpun sedikit sebagaimana di dalam hadis Aisyah (ra) yang berkata yang maksudnya "Ditanya Nabi (saw) tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah." Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit." 


Ramadan Kareem by Sami Yusuf

2 ulasan:

  1. salam'
    kok sumbernya gak diseb mas/mbak

    disebut ut

    salam sayyed EP
    ayep2pac
    http://lomba.kompasiana.com/puasa-dulu-baru-lebaran/2010/08/12/rahasia-dibalik-ucapan-ramadhan-karim-223237.html

    BalasPadam