...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Sabtu, 21 Mei 2011

Semangat Hazrat Rubaiyyi' binti Mu'awwiz r.anha dalam Membela Agama

Hazrat Rubaiyyi’ binti Mu’awwiz r.anha ialah seorang wanita Ansar. Beliau menyertai kebanyakan peperangan bersama Nabi s.aw.  Beliau merawat orang yang tercedera serta mengangkat dan membawa mayat-mayat mereka yang terbunuh dan para syuhada. Beliau telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Beliau telah berkahwin selepas berhijrah. Rasulullah s.a.w turut pergi ke rumahnya pada hari perkahwinannya. Di sana terdapat beberapa orang budak perempuan yang sedang membaca syair yang menyebut tentang kecemerlangan Ansar dalam Islam serta nama-nama pembesar mereka yang telah gugur syahid dalam peperangan Badar. Salah seorang daripada mereka telah memabca rangkap ini yang bermaksud, “Di kalangan kita terdapat seorang nabi yang mengetahui perkara yang akan berlaku besok.” Baginda s.aw. telah melarang mereka daripada membaca rangkap itu kerana zat yang mengetahui perkara  yang akan datang hanyalah Allah s.w.t. ayah Hazrat Rubaiyyi’ r.anha iaitu Hazrat Mu’awwiz r.anhu ialah antara orang yang telah membunuh Abu Jahal yang dianggap sebagai ketua orang Arab.

Ada seorang wanita yang bernama Asma’ yang bekerja menjual atar. Pada suatu ketika wanita itu telah pergi ke rumah Hazrat Rubaiyyi’ r.anha bersama beberapa orang wanita yang lain. Dia bertanya kepada Hazrat Rubaiyyi’ r.anha tentang nama, keadaan dan beberapa perkara lain sebagaimana kebiasaan para wanita. Hazrat Rubaiyyi’ r.anha pun memberitahunya. Mendengarkan nama bapa Hazrat Rubaiyyi’ r.anha perempuan itu terus berkata, “Kamu ialah anak pembunuh ketuanya sendiri.” Mendengarkan celaan itu Hazrat Rubaiyyi’ r.anha menjadi marah lalu berkata, “Aku ialah anak kepada seorang yang telah membunuh hambanya sendiri.” Hazrat Rubaiyyi’ r.anha menjadi marah apabila mendengar orang mengatakan Abu Jahal ialah ketua ayahnya. Oleh itu, beliau menyatakan ayahnya ialah pembunuh hambanya.

Apabila Asma’ mendengar perkataan hamba ditujukan kepada Abu Jahal dia menjadi marah lalu berkata, “Haram bagiku menjual atar kepadamu.”

Hazrat Rubaiyyi’ r.anha pun membalas, “Haram juga bagiku untuk membeli atar daripadamu. Aku tidak pernah melihat atar yang lebih kotor dan busuk daripada atarmu.” [Asadul-Ghabah]

Keterangan
Hazrat Rubaiyyi’ r.anha berkata bahawa saya menggunakan lafaz busuk semata-mata untuk menambahkan geramnya. Inilah dia semangat membela dan cintakan agama sehingga beliau tidak sanggup mendengar perkataan ‘ketua’ digunakan untuk musuh ketat Islam. Dewasa ini sebesar-besar musuh Islam pun diberi gelaran dan puji-pujian yang hebat. Sekiranya ada orang yang melarang maka orang itu akan dianggap sebagai orang yang mempunyai fikiran yang sempit. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kamu jangan memanggil orang munafik sebagai ketua. Sekiranya dia menjadi ketua kamu maka kamu telah menyebabkan Allah s.w.t murka.” [Abu Daud]

1 ulasan: