...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Sabtu, 5 Mac 2011

Belajar Untuk Menerima Kenyataan

Untuk memulakan bicara hati saya pada hari ini saya dahulukan bacaan Bismillah... Sejak akhir-akhir ini saya dibelenggu perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Malam semalam saya dapat berita yang sangat mengecewakan saya walau pada mulanya saya dan 'pakcik' meminta perkara ini tidak akan terjadi dan berharap keajaiban berlaku atas izin-Nya. Ternyata ia tidak memihak kepada kami kerana Allah dah tentukan nasib kita begitu dan begini. Kita sebagai hambaNya hanya mampu menuruti kehendakNya dan menerima seadanya, insyaAllah.

Betullah kata orang, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya. Kita tidak boleh nak melawan qada' dan qadar Allah yang sudah tertulis diloh mahfuz pada setiap manusia. Setelah mendengar kata nasihat daripada 'pakcik', saya harus belajar menerima kenyataan walau pada mulanya agak sukar untuk saya menerima kenyataan ini. Pada mulanya, sebaik mendengar berita ini saya terus minta izin menghentikan perbualan telefon kami atas sebab hilang mood. Kata-kata akhir sebelum mengakhiri perbualan hanya memberi salam tiada lagi 'magic word'. Sebaik meletak telefon saya terus menangis, saya menyalahkan takdir. 'Kenapa ia berlaku pada aku? Kenapa Allah tak permudahkan urusan aku dan dia??? Kenapa harus ada halangan??? Kenapa ya Allahhhhhhh???' Saya seperti tidak boleh menerimanya. Mungkin 'pakcik' faham dan akur dengan perasaan yang saya alami sekarang. Dia menghantar pesanan melalui sms. Katanya:

"Bukan apa yang awk nak Allah tidak kasi...cume awk je tak nampak anugerah Allah kat hambaNya. Baru Tuhan duga kita yang kecik pun kita tak terima...macam mana nak hadapi yang lebih besar akan datang...awk ingat ada orang yang lebih derita dari kita tapi mereka bersyukur..."
"Ok...awk doa dah betul...tapi awk rasa doa awk itu diterima Allah tak kalau awk still lagi lewat solat, time solat asyik ingat benda lain...perasaan dengki kat orang masih ada..awk pernah terfikir semua tu tak? Ingat awk...nak jadi Islam mudah tapi nak jadi seorang muslimah yang solehah banyak rintangannya..."


Setelah membaca smsnya saya seperti dikejutkan dari mimpi lena. Astaghfirullah berdosanya saya kerana menyalahkan dan bersangka buruk pada Tuhan. Itulah manusia bila ditimpa musibah samada kecik atau besar kita cepat dan mudah melenting. Kita akan kata Allah itu tidak adil, tidak sayang pada kita. Bukankah berkata demikian sudah dikira derhaka pada Allah. Kerana kita marah padaNya...marah kerana apa yang kita hajati tidak tercapai. Tahukah Allah menguji hambaNya kerana menguji keimanan seseorang. Allah turunkan musibah pada kita tandanya Dia sayang dan kasih pada kita supaya kita selalu mengingatiNya baik dikala susah atau senang...disaat kita bergembira atau kita berduka. Allah tetap menemani kita setiap masa. Berbeza dengan orang yang disekeliling kita mahupun ayah dan ibu kita. Mereka tidak boleh menemani kita sepanjang masa kecuali Allah.

Sebaik bangun dari tidur, Alhamdulillah atas izinNya kita masih bernafas dimukabumiNya ini. Melontar  pandangan diluar jendela, Subhanallah indahnya alam ciptaan Allah terdengar kicauan burung sungguh mengasyikkan berzikir pada Ilahi tidak pernah rasa jemu memuji-muji Sang Penciptanya. Saya mendongak ke langit, kelihatan matahari memancarkan cahayanya menerangi segenap bumi tanda setianya taat dan patuh kepada Penciptanya. Awan biru berarak didada langit menandakan cuaca hari ini cerah tanda kebesaran Allah yang Berkuasa atas segala makhluk ciptaanNya.

Syukurillah walhamdulillah saya dah boleh terima takdir ini setelah sepanjang malam saya bertanya pada diri dan merenung kembali nasihat 'pakcik' ditujukan untuk saya supaya berfikir sejenak. Memang betul mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Sepatutnya kita bersyukur dan redha walau kita tak tahu apa yang bakal Allah anugerahkan kepada kita seterusnya. Sejauhmana cinta dan sayang kita pada dia hanya doa yang terbaik untuk tersayang. Pesan dia:
"Saya pernah cite kan macam mana Ustaz H sabar dan redha dengan pembedahan dia...dan akhirnya dia dapat manis dipenghujung dengan berkat sakit dia dapat sambung master dan ke Syiria...awk kena redha dan sabar...adalah nanti Tuhan nak kasi tu..."
Haah betul kata 'pakcik' Allah sayang pada orang yang selalu sabar dan redha bila dia ditimpa sesuatu musibah. Mungkin saya tak sehebat atau selayak Ustaz H. Sebagai manusia biasa yang belajar dari kesilapan saya harus mencontohi sebagaimana Ustaz H lalui iaitu SABAR dan REDHA, insyaAllah saya boleh buat 'pakcik'! Semoga 'pakcik' saya selamat sampai ke bumi Mesir pada 16hb Mac ini dan dipermudahkan Allah segala urusan dunia dan akhirat, ameen.

Mungkin 'pakcik' rasa senang hati dan tenang selepas membaca pesanan yang saya kirimkan. Kata 'pakcik':

"Selamat petang tuan puteri. Apa kabar? terima kasih message semalam sebab awk faham keadaan saya..."

Iya, saya redha dan izinkan dia pergi semula ke bumi Mesir biarpun hakikatnya berat hati ini untuk melepaskan dia pergi walau terkilan rasa hati ini kerana tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Namun saya harus terima hakikat. Selalu tanamkan sifat positif dalam diri dan sentiasa bersangka baik kepadaNya kerana Allah mahukan yang terbaik buat hambaNya dan Dia Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.

Ketika ditimpa musibah ucapkanlah Innalillahi wainna ilaihiraji'un. Allahumma' jurni fi musibati wa akhlifli khairan minha l Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali. Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku dan gantikanlah dengan yang lebih baik (dari musibah ini). Wassalam...








1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.maaf.nak tanya ckit.pak cik yg kak mksdkn kat ats ialah suami ke?

    BalasPadam