...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Isnin, 16 Mei 2011

Hukum Menyambut Hari Jadi dan Hukum Meniup Lilin


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu. Dalam ayat yang lebih mudah 'Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Dan setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sesiapa yang berselawat ke atasku (Nabi Muhammad S.A.W) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?



Sumber: Al-Azhar Ad Din

Tiada ulasan:

Catat Ulasan