...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Rabu, 11 Mei 2011

Gagak-Gagak Hitam Yang Berterbangan

Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu

Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Parasmu cantik buah hati ku
Siang dan malam selalu ku rindu

Di waktu bulan terang cuaca aaa...
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat pandang pertama

Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu

(Lagu: Hitam Manis dinyanyikan oleh Irni Yusnita)

Suke dengar lagu ni susunan katanya yang menarik dan penuh makna tersirat menandakan hitam itu sangat istimewa.


Assalammualaikum dan Salam Mesra daripada saya...

Apa khabar sahabat sume? Sihat ke?? Bagaimana dengan iman anda makin bertambah ke atau sebaliknya?? InsyaAllah akan bertambah iman dan amalan kita setiap hari. Doa saya semoga anda semua dirahmati Allah selalu hendaknya. Amin...

HITAM bukan sebarang hitam...
Si hitam pun ada yang minat tau...hitam itu juga menawan...hehe

Alright then! Artikel kali ini saya membicarakan pemilihan warna hitam dalam mempengaruhi kehidupan kita. Segelintir orang kita kata ramai yang beranggapan warna hitam ini menggambarkan sesuatu yang menakutkan atau kelihatan pelik atau dipanggil 'Orang Minyak' haisss macam-macam istilah yang digunakan.

Bagi saya, dalam pemilihan warna pakaian khususnya jubah dan abaya saya lebih suka memilih warna hitam. Maybe saya takyah nak cari padanan warna apa yang sesuai. So mudah je pilih serba hitam...siap!!!  Selain itu, warna hitam tidak mudah kotor dan si pemakainya kelihatan 'muda' dan jelita...haha (cuba angkat bakul sendiri).

Berdasarkan pengalaman saya, tiapkali keluar bandar pakaian saya dari abaya, purdah/niqab, kasut sehingga stoking kaki saya pilih warna hitam. So, semualah mata tertumpu ke arah saya. Yang budak kecik ketakutan tapi saya balas dengan senyuman isyarat menandakan saya ni baik orangnye...hehe. Bagi orang dewasa pulak especially non-mosleem dorang tengok saya dua tiga kali pandang nasib baiklah tak terkehel leher tu ada pulak yang menjerit-jerit kata NINJA dan ada pulak gelak tengok saya tapi saya tak kisah make don't know je. Sabar itu sebahagian dari iman. Maybe saya ni kelihatan pelik atau saya ni cam 'alien' kot...haha tapi saya tak kisah. Yang bestnye, saya imagine....yang saya ni TOP MODEL atau HOT CELEBRITY...hahaha ke situ pulak fikiran saya melayang. Astaghfirullah...tak de laa sampai tahap tu, saya gurau je. Sebenarnya makin ramai mata tertumpu ke arah saya, saya hanya mampu tunduk pandangan, berzikir dan berdoa semoga Allah melindungi saya agar mereka-mereka ini memandang dengan pandangan rahmat atau ertikata lain sejuk mata memandang...insyaAllah. Dan seperkara lagi sama ada anda perasan atau tidak, cuba tengok minah-minah arab dari yang muda sampai nenek orang, majoriti mereka memilih warna hitam. Fuyoooo...setuju tak?

WARNA dominan apakah yang anda kenakan sehari-hari? Hmm…nice! Warna tak hanya sekadar menunjukkan selera atau kegemaran je, tapi juga menunjukkan keperibadian seseorang. Di sini saya huraikan point-point peranan warna hitam dimana maklumat-maklumat ini saya search di internet. Hope maklumat ini betul, jika salah maafkan saya yer...sekadar berkongsi je.

Bagi anda yang menyukai warna hitam cenderung punya pemikiran yang konservatif. Anda sangat tahu apa kelebihan diri anda. Dan...si pemakai boleh dikatakan seorang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. WoOww panas...panassss... Selain itu penggunaan warna ini juga cenderung membuat anda ingin tampil seksi (statement berani mati), selalu tampil menarik, elegan dan highly self confident. Tetapi, jika anda berada dalam lingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung....hurmmm??? kes niaya nih!

Dan yang menariknya lagi, ramai orang terutamanya lawan jenis cuba mengejar dan merebut cinta anda...wahhh ramainya peminat! hahaha

Dari sudut kebudayaan atau masyarakat pula, hitam sering dikategorikan sebagai perkara buruk. Misalnya istilah ilmu hitam atau gelap mata. Namun pengaruh positifnya dari penggunaan hitam ini seperti memperlihatkan ketegasan seseorang. woOWww...

Walau apapun, tak kira anda minat warna apa sekalipun, warna ini kadang-kadang boleh mempengaruhi 'mood' kita. Yang penting jalani hidup ini penuh ceria dengan memperingati Allah selalu, insyaAllah apa-apa urusan yang kita lakukan pada hari ini dan hari berikutnya semoga diberkati Allah dan semua amal baik kita diterima Allah, amin...

Sebelum saya akhiri artikel ini, saya pinjam quotes dari seorang rakan fb yg dia komen kat status saya untuk kita renungi bersama. Ia berbunyi begini...

"Engkau akan lebih kuat jika seperti gagak-gagak yang berterbangan (pakaian hitam). Kerana syaitan tidak suka dengan wanita yang berpakaian gelap - dalam sunnah ada kejayaan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan