...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Sabtu, 28 Mei 2011

Apakah Itu Istiwa’ Matahari?

Istiwa’ utama matahari merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika Istiwa’ (matahari berada tepat di atas Kaabah). Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun (5.16 petang pada 28hb Mei dan 5.28 petang pada 16hb Julai), apabila nilai sudut Istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah, di mana Kaabah terletak.

Apabila Istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.


Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat

1.    Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2.    Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletakan tali yang diikat dengan pemberat dihujung tiang berkenaan.

3.    Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4.    Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.

Apabila jam anda menunjukkan waktu 5.16 petang (28hb Mei) atau 5.28 petang (16hb Julai), matahari sedang Istiwa’ di atas Kaabah, dan ia menjadi penunjuk sempurna arah mana Kaabah berada. Bayang yang terhasil ketika itu sedang selari dengan arah kiblat tempat anda (bayang akan jatuh ke sebelah timur, arah kiblat adalah ke arah barat/ke arah matahari.





1 ulasan: