...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Selasa, 31 Mei 2011

Wanita Yang Cantik Akan Menjadi Lebih Cantik Dengan Sifat Iffah & Malu

Hatiku membatu dan otakku buntu,
harapanku hanya kemaafan dari anda.

Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa berjalan dengan pakaian yang menyeret, Allah tidak akan melihat kepadanya pada hari kiamat."

Sebaik sahaja Ummu Salamah r.a, salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. mendengar hadis tersebut diucapkan oleh Rasulullah, ia bertanya "Bagaimana para wanita memperlakukan pakaian telanjang mereka?"

Beliau menjawab "Naikkan satu jengkal." Ia berkata lagi "Bagaimana jika nampak mata kakinya?" Rasulullah s.a.w menjawab "Naikkan satu hasta (mata kakinya tetap tertutup) dan jang melebihkannya."

Wahai Ummul Mukminin! Allah mempunyai ukuran, wahai Ummu Salmah! Wanita-wanit muslimah bukan orang yang memanjangkan pakaian dan bukan orang-orang yang sombong. Wanita-wanita muslimah itu pemalu, menjaga maruah, suci dan mulia. Tidak patut tumit mereka kelihatan dan pakaiannya mempunyai bahagian bawah yang panjang mengheret di atas permukaan tanah, hingga para lelaki tidak dapat melihatnya.

Sedangkan kebanyakan wanita sekarang, mereka menaikkan pakaian mereka setinggi mungkin kerana takut terkena air atau lumpur. Bahkan mereka akan menanggalkannya hanya kerana ingin mengikuti model dan wanita-wanita murahan. Mereka mempunyai seribu satu alasan untuk berpakaian hampir telanjang. Kaum lelakinya tidak mempunyai sifat kelakian kecuali hanya nama sahaja. Mereka berjalan di samping para wanita dan tidak ada rasa malu.

Hidup yang baik adalah dengan malu. Kayu tetap kayu sekalipun kulitnya menggelupas. Demi Allah, tidak ada baiknya hidup ini juga di dunia ini bila rasa malu itu telah hilang.


Pedoman Hidup
Keselesaan tubuh kerana sedikit makan. 
Kedamaian jiwa kerana sedikti dosa.
Ketenangan hati kerana sedikit angan-angan.
Keterpeliharaan lisan kerana sedikit bercakap.
Orang yang sabar akan mendapat yang terbaik, InsyaAllah.

Ahad, 29 Mei 2011

أنا أحبك

Ini bukan sekadar kata-kata agar kamu jatuh hati padaku, namun ini
adalah kejujuranku. Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku menyukai
orang-orang yang mencintaiNya. ... yang mencintai RasulNya... dan denganmu...
kuharap keteguhanmu akan dapat mengajakku untuk semakin mencintaiNya. ..

Aku merindukanmu kerana Allah

Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu. Mengapa aku
berkata seperti ini? Cinta adalah anugerahNya yang ditumbuhkan
di hati orang-orang yang dikehendakiNya. Bagaimana aku tidak merindukan
kehadiranmu wahai kekasih.... to come in my life ???

Aku menunggumu kerana Allah..
Ini bukan rajutan perasaan untuk sebuah penantian.
Mengapa aku berkata
seperti ini? Kerana aku tahu, diriku terlalu banyak kekurangan.. . dan
kerananya... aku memerlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku
yang tegas untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izinNya...


Aku tahu... terlalu banyak yang harus aku perbaiki... 

kerananya, aku menunggumu untuk menjadi pendamping hidupku...
.....untuk lebih mengajarku dengan
sabar hingga keni'matan imanku terhadapNya semakin dalam dengan
izinNya.... di setiap harinya... untuk selama-lamanya .. Amin...

Aku tahu, dalam hatiku... aku tak ingin hidup sendiri, kerananya, aku
berharap... Allah menganugerahkan padaku seorang teman untuk berkongsi
banyak hal dan menerima apa adanya diriku.. .

Kekasih... bila Engkau benar-benar ada dalam hidupku... semoga Allah
memantapkan hati kita dan mendekatkan kita di jalan yang lebih Ia Redhai
Amin...




Sabtu, 28 Mei 2011

Apakah Itu Istiwa’ Matahari?

Istiwa’ utama matahari merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika Istiwa’ (matahari berada tepat di atas Kaabah). Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun (5.16 petang pada 28hb Mei dan 5.28 petang pada 16hb Julai), apabila nilai sudut Istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah, di mana Kaabah terletak.

Apabila Istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.


Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat

1.    Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2.    Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletakan tali yang diikat dengan pemberat dihujung tiang berkenaan.

3.    Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4.    Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.

Apabila jam anda menunjukkan waktu 5.16 petang (28hb Mei) atau 5.28 petang (16hb Julai), matahari sedang Istiwa’ di atas Kaabah, dan ia menjadi penunjuk sempurna arah mana Kaabah berada. Bayang yang terhasil ketika itu sedang selari dengan arah kiblat tempat anda (bayang akan jatuh ke sebelah timur, arah kiblat adalah ke arah barat/ke arah matahari.





Syukran ya Habibi



Ku bersyukur atas pertemuan ini, ya Allah
Pelbagai rintangan yang aku tempuhi bersama dia
Dia pimpin tanganku tanpa rasa jemu
....tanpa mengenal erti putus asa
Kerana dia mahu aku menjadi muslimah
...yang taat pada perintahMu, ya Allah

Setiapkali teguran dan nasihatnya
Aku buat tak endah je
Pada mulanya aku rasa rimas
Berkata dalam hati...ahh nak buat baik
....banyak sangat yang tak bolehnya!
Hurmmm...jahilnya aku masa tu

Ya Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
Atas iringan doanya yang menginginkan terbaik buat diri ini
Engkau makbulkan doanya

Engkau telah lembutkan hati ini...
Engkau berikan aku pentunjuk dan hidayah
Agar aku kembali ke jalanMu ya Allah
Ku bersyukur atas nikmat ini...
Dan terima kasihku jua kepadanya

Ya Allah ya Rahman ya Rahim
Jika dia jodohku...
Aku terima dia seadanya
Meskipun kami jauh berbeza
dan terpisah jauh beribu batu
Kerana hati ini terpaut...
....pada agamanya...imannya...dan akhlaknya...

Ya Allah...
Ku mohon padaMu agar diberi kekuatan
Tetapkanlah iman kami....
...agar tak terjatuh dari landasan hidup ini
...agar kami sama-sama menyintaiMu ya Allah

Syukran ya Habibi~

Khamis, 26 Mei 2011

Sifat Malu

Malu adalah salah satu cabang keimanan, sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadits Nabi s.a.w. Maka barang siapa yang kurang rasa malunya bererti bukti lemah imannya.

Dalam as-Shahihain (kitab Shahih al-Bukhari dan Muslim) dari Nabi s.a.w bahawa beliau bersabda:

الحياء لا يأتي إلا بخير
"Tidaklah muncul rasa malu kecuali dengan kebaikan"


Pada riwayat Muslim:

الحياء خير كله
"Malu itu baik semuanya"


Diriwayatkan dari Salman al-Farisi radiallahu 'anhu bahawa Beliau berkata:

إن الله إذا أراد بعبد هلاكا نزع منه الحياء, فإذا نزع منه الحياء, لم تلقه إلا مقيتا ممقتا
"Sesungguhnya jika Allah menginginkan kehancuran terhadap seorang hamba, Ia akan mencabut sifat malu darinya, maka jika sifat malu itu telah diangkat darinya, kamu 'tak 'kan menemuinya kecuali (ia dalam keadaan) dibenci dan memuakkan"


Seorang penyair berkata:

فلا والله ما في العيش خير ولا الدنيا إذا ذهب الحياء
يعيش المرء ما استحيا بخير ويبقى العود ما بقي اللحاء

Sekali-kali tidak –demi Allah- tak ada kebaikan dalam hidup dan tidak pula Dunia, jika malu telah hilang. Selama ada rasa malu, orang akan hidup baik, namun tidak bagi yang bermuka tebal.


Penyair lain berkata:

إن كأني أرى من لا حياء له ولا أمانة وسط الناس عريانا
Sungguh aku melihat orang yang tak punya rasa malu dan tak amanah telanjang di tengah-tengah manusia.

Isnin, 23 Mei 2011

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. 

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
  
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!”

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.”

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.”

“Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik masyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,

Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sabtu, 21 Mei 2011

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqi’ah

Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.
Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.
5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.
Bacaan yang mempersona dan menginsafkan disampaikan oleh Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais yang merupakan Imam Besar Kota Mekah.

Semangat Hazrat Rubaiyyi' binti Mu'awwiz r.anha dalam Membela Agama

Hazrat Rubaiyyi’ binti Mu’awwiz r.anha ialah seorang wanita Ansar. Beliau menyertai kebanyakan peperangan bersama Nabi s.aw.  Beliau merawat orang yang tercedera serta mengangkat dan membawa mayat-mayat mereka yang terbunuh dan para syuhada. Beliau telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Beliau telah berkahwin selepas berhijrah. Rasulullah s.a.w turut pergi ke rumahnya pada hari perkahwinannya. Di sana terdapat beberapa orang budak perempuan yang sedang membaca syair yang menyebut tentang kecemerlangan Ansar dalam Islam serta nama-nama pembesar mereka yang telah gugur syahid dalam peperangan Badar. Salah seorang daripada mereka telah memabca rangkap ini yang bermaksud, “Di kalangan kita terdapat seorang nabi yang mengetahui perkara yang akan berlaku besok.” Baginda s.aw. telah melarang mereka daripada membaca rangkap itu kerana zat yang mengetahui perkara  yang akan datang hanyalah Allah s.w.t. ayah Hazrat Rubaiyyi’ r.anha iaitu Hazrat Mu’awwiz r.anhu ialah antara orang yang telah membunuh Abu Jahal yang dianggap sebagai ketua orang Arab.

Ada seorang wanita yang bernama Asma’ yang bekerja menjual atar. Pada suatu ketika wanita itu telah pergi ke rumah Hazrat Rubaiyyi’ r.anha bersama beberapa orang wanita yang lain. Dia bertanya kepada Hazrat Rubaiyyi’ r.anha tentang nama, keadaan dan beberapa perkara lain sebagaimana kebiasaan para wanita. Hazrat Rubaiyyi’ r.anha pun memberitahunya. Mendengarkan nama bapa Hazrat Rubaiyyi’ r.anha perempuan itu terus berkata, “Kamu ialah anak pembunuh ketuanya sendiri.” Mendengarkan celaan itu Hazrat Rubaiyyi’ r.anha menjadi marah lalu berkata, “Aku ialah anak kepada seorang yang telah membunuh hambanya sendiri.” Hazrat Rubaiyyi’ r.anha menjadi marah apabila mendengar orang mengatakan Abu Jahal ialah ketua ayahnya. Oleh itu, beliau menyatakan ayahnya ialah pembunuh hambanya.

Apabila Asma’ mendengar perkataan hamba ditujukan kepada Abu Jahal dia menjadi marah lalu berkata, “Haram bagiku menjual atar kepadamu.”

Hazrat Rubaiyyi’ r.anha pun membalas, “Haram juga bagiku untuk membeli atar daripadamu. Aku tidak pernah melihat atar yang lebih kotor dan busuk daripada atarmu.” [Asadul-Ghabah]

Keterangan
Hazrat Rubaiyyi’ r.anha berkata bahawa saya menggunakan lafaz busuk semata-mata untuk menambahkan geramnya. Inilah dia semangat membela dan cintakan agama sehingga beliau tidak sanggup mendengar perkataan ‘ketua’ digunakan untuk musuh ketat Islam. Dewasa ini sebesar-besar musuh Islam pun diberi gelaran dan puji-pujian yang hebat. Sekiranya ada orang yang melarang maka orang itu akan dianggap sebagai orang yang mempunyai fikiran yang sempit. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kamu jangan memanggil orang munafik sebagai ketua. Sekiranya dia menjadi ketua kamu maka kamu telah menyebabkan Allah s.w.t murka.” [Abu Daud]

Selasa, 17 Mei 2011

Sunnatul Maut wal Hayat (Mati dan Hidup)

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.: 
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada limabahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya.

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata: 
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Wallahualam..."sesungguhnya mati itu pasti"

Habibi ya Nour el-ain ~ Diab Amr



Alhamdulillah....yes..yes...yesssssss...dah bleh upload video ni dalam blog saya walaupun agak terkilan tak bleh upload dalam fb ngn percubaan banyak kali kononnye admin kata due to privacy setting or third party requisition...ntah pe2 laaa...yang pasti saya dah boleh upload my favorite song! yepiiiiieeeeeeeee....Ya sakin khayali..A'ashek bakali sneen wala ghayrak bibali.....



Habibi ya nour el-ain
(My darling ... you are the glow in my eyes )
Ya sakin khayali
(You live in my imagination. )
A'ashek bakali sneen wala ghayrak bibali
(I adored you for years ... No one else is in my mind )

Habibi ... Habibi ... Habibi ya nour el-ain ... aah
(My darling , my darling, my darling ..glow in my eyes ... AH)
Habibi ... Habibi ... Habibi ya nour el-ain
(My darling, my darling, my darling )
Ya sakin khayali
(You live in my imagination )
Agmal a'ouyoun filkone ana shiftaha .
(The most beautiful eyes I ever saw in this universe. )
Allah a'alake allah a'la sihraha
(God be with you ... what magic eyes. )
A'oyonak maa'aya ...
(Your eyes are with me ... )
A'oyonak kifaya ...
(That is enough ... )
Tinawar layali
(They light the nights. )
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/d/diab_amr/nour_el_ein.html ]
Habibi ... Habibi ... Habibi ya nour el-ain ... aah
(My darling, my darling, my darling ... glow in my eye ... aah)
Habibi ... Habibi ... Habibi ya nour el-ain
(My darling, my darling, my darling ... glow in my eye ... )
Ya sakin khayali You live in my imagination

Kalbak nadani wkal bithibini ...
(Your heart called me and told me you love me ... )
Allah a'alake allah ...
(God be with you ... )
Tamentini
(You reassured me.)
Maa'ak elbidaya ...
(You have the beginning ... )
Wkoul elhikaya ...
(And all the story ... )
Maa'ak lilnihaya
(I will be with you to the end. )

Habibi ... Habibi ... Habibi ya nour el-ain ... Aah
(My darling, my darling, my darling ... glow in my eye ... aah )
Habibi ... Habibi ... Habibi ya nour el-ain ... aah
(My darling, my darling, my darling ... glow in my eye ... aah)
Aah ... Habibi ... Habibi ... aah ah ...
(my darling ... my darling ... aah )

Isnin, 16 Mei 2011

Hukum Menyambut Hari Jadi dan Hukum Meniup Lilin


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu. Dalam ayat yang lebih mudah 'Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Dan setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sesiapa yang berselawat ke atasku (Nabi Muhammad S.A.W) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?



Sumber: Al-Azhar Ad Din

Ahad, 15 Mei 2011

Mampukah Kita Menjadi Wanita Solehah Seperti Siti Khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin pertama)

Siti Khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin pertama) ialah isteri Rasulullah s.a.w, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.dalam hayat baginda Rasulullah junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Nama penuhnya ialah Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah. Tarikh lahir beliau, ada riwayat mengatakan beliau telah dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah. Iaitu sebelum Tahun Gajah kira-kira lima belas tahun. Tahun Gajah itu ialah tahun dimana Rasulullah s.a.w dilahirkan. Usia nabi Muhammad s.a.w ketika dia berkahwin dengan Siti Khadijah ialah 25 tahun, manakala usia Siti Khadijah pula ketika itu 40 tahun. Siti Khadijah sebagai Ummul Mu’minin pertama mempunyai keistimewaan tersendiri, berbeza dari sekalian isteri-isteri nabi yang lain.

Keistimewaan Siti Khadijah itu penting dan menonjol sekali. Dia adalah seorang wanita yang jelitawan, mempunyai harta kekayaan, tergolong antara orang-orang yang ternama di Makkah. Keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir kepada Qushai. Dari sebelah ibunya, yang bernama Fatimah bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah. Siti Khadijah r.a telah hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w yang mulia itu selama 24 tahun.

Disepanjang masa ini, Siti Khadijah r.a tetap menjadi suri rumahtangga, dan kekal terus menjadi isteri yang satu-satunya kepada Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin lagi, melainkan setelah Siti Khadijah r.a wafat dalam usia 64 tahun dan 6 bulan. Apabila Siti Khadijah r.a wafat, Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah mengangkatnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkannya ke dalam liang lahadnya. Siti Khadijah r.a telah melahirkan 6 orang anak. Padahal isterinya yang terkemudian tidak seorang pun mendapatkan anak bagi Nabi s.a.w. Siti Khadijah menanggung pelbagai penderitaan bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam penyeruannya kepada Islam. 

Dia juga telah merasakan bersama-sama Rasulullah kepiluan maut ketika menghadapi kewafatan dua orang anak lelakinya yang bernama Qasim dan Abdullah. Yang lain ialah 4 puteri iaitu Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kaltsum, Fatimah RadhiAllahu anhunna. Di dalam sejarah Islam Siti Khadijah r.a dikira orang pertama beriman dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w. Setelah wafatnya Siti Khadijah r.a Ummul mu’minin pertama, bermulalah peringkat baru yang lain yang dihadapi oleh rasulullah s.a.w. Kaum Quraisy sudah tidak ada orang yang akan disegani lagi, sesudah kewafatan Abu Talib dan Siti Khadijah. 

Maka orang-orang Makkah semakin buas menimpakan kesusahan dan penganiayaan dengan sewenang-wenangnya ke atas kaum muslimin. Nama Siti Khadijah r.a tetap hidup suci dan segar dalam ingatan Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa menyebut-nyebut Siti Khadijah r.a sehingga menimbulkan rasa cemburu pada Siti Aisyah r.a. Ramai pengkaji sejarah merumuskan, bahawa perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan seorang isteri yang berusia lebih tua dari usia baginda dan yang telah menjadi dua kali janda, mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi, yang mana jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda, mungkin isteri itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Siti Khadijah Binti Khuwailid itu. 

Pengalaman dan kesabaran seorang wanita yang lebih umurnya itu tentu sekali telah banyak menolong Siti Khadijah r.a sebagai isteri nabi di dalam keadaan masa yang serba rumit dan penuh dengan krisis itu. 
Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.


Gambar Peninggalan Tempat Tinggal Rasulullah s.a.w bersama  Siti Khadijah r.a
Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda. Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang. 
Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.


Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji  Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam. 


Moga-moga Allah akan membalas segala kebaikannya, merahmatinya dan meredhainya. Amin Ya Allah...






Dapatkah ku didik jiwa ini seperti Siti Khadijah...
Isteri yang memberi selimut waktu baginda kedinginan 
dilanda wahyu pertama?

Ketika segalanya meminggir, 
Khadijah tega dan sedia menjadi insan terhampir.
Segalanya diserahkan kepada perjuangan suami… 
kerana dia dan suami adalah satu.
Satu hati menegakkan kalimah yang satu dilautan berhala yang beribu!

Tergenang air mata Rasul bila mengenangkan Khadijah.
Jauhari yang mengenalnya sewaktu gelap Jahiliyah.
Orang lain buta, tetapi Khadijah tidak…
dia tetap mengenal permata di tengah celahan kaca.
Lantas dia menjadi mahkota di hati Rasulullah.

Dukacita Nabi atas pemergiannya diubati 
oleh peristiwa besar Israk dan Mikraj.
Lalu Tahun Dukacita abadi dalam sejarah...
Nostalgia duka yang berbekas di hati Rasulullah.


Ketika hidupnya, ketika pemergiannya, 
Rasul mengenangnya.

Tatkala ada hidangan yang hendak dijamukan,
sering Rasul berpesan…
kirimkan kepada kawan-kawan Siti Khadijah.
Siapa yang menghantar makanan ke gua Hira’
ketika Nabi Muhammad gelisah di tengah amukan jahiliyah.
Siapa pula yang menahan kesukaran
untuk hamil dan melahirkan cahaya mata Rasulullah?
Kita tentu akur bahawa srikandi cinta Rasul ialah Siti Khadijah...