Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Tarmidzi dari Nu’man bin Basyir r.a bahawa ia berkata “Bukankah kamu sekarang mampu hidup bermewah-mewah dengan makan dan minum, apa saja yang kamu mahu, kamu mendapatkannya. Aku pernah melihat Rasulullah Muhammad SAW hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!”
Atau ada kisah juga seperti berikut ini. Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a menyebut apa-apa yang boleh dinikmati manusia sekarang ini dari dunia. Maka dia berkata ”Aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.”
Pernah juga kisah yang lain datang dari sahabat Abu Hurairah r.a, ia berkata “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang solat sambil duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: “Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu solat sambil duduk, apakah engkau sakit?” Jawab beliau: “Aku lapar, wahai Abu Hurairah!” Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: “Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.”
Bayangkan jika Rasulullah SAW hidup seperti kita dan Rasulullah SAW memilih Al-Khamr semasa Allah SWT meminta Rasulullah SAW memilih diantara Susu dan Al-Khamr di saat Isra’ dan Mikraj. Al-Hamdulillah, Rasulullah SAW memilih Susu, tetapi kini umat Baginda lebih berani daripada Baginda dan telah menukar Susu kepada Arak (Al-Khamr) dan syubhah dalam makanan mereka seharian. Nauzubillah Min Zalik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan