Hari ini 29hb Jun 2011, Rabu bersamaan 27 Rejab 1432H. Malam ini semua umat Islam menyambut Israk Mikraj (Israk - Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ) (Mikraj - Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah).
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiapkali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Peristiwa ini juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah s.w.t. telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda s.a.w.
Itulah sedikit sebanyak saya kupaskan pengertian Israk Mikraj. Malam ini, saya ke masjid untuk mendengar ceramah agama. Sewaktu nak dirikan solat Isyak saya terpandang seorang budak lelaki berjalan secara mengengsot. ‘Ishh budak ni dalam masjid pon nak main gak, nak kene budak nih’ kata sy dalam hati dengan perasaan geram dan marah. Sebabnya majoriti budak-budak yang datang ke masjid suka bermain sehingga menganggu para jemaah sedang solat. Tetiba makcik disebelah saya menyapa katanye ‘kasihan tengok budak tu.’ Sambil dia menunjuk ke arah budak lelaki tersebut. Bile saya amati betul-betul...Astaghfirullah hal’azim... ya Allah!!! Allahuakbar!!! Subhanallah!!! Apa dosa dia sampai saya ‘kutuk’ dia tadi. Rupa-rupanya budak lelaki tu cacat. Tidak cukup sifat bahagian kaki membuatkan dia tidak boleh berdiri dan berjalan seperti budak-budak yang lain. Ya Allah tersentuh hati ini melihat keadaannya tapi dia seorang budak yang tabah, sopan santun dan berakal jika dibandingkan yang seusianya. Ketika solat dia begitu khusyuk sekali berbeza dengan budak-budak yang lain lebih suka bermain ketika solat malah ada yang mengusiknya tetapi dia tidak berganjak sedikitpun, Subhanallah. Alhamdulillah Semoga Allah kurniakan pahala berlipatganda kepada orang yang menjaganya yang selama ini membimbing dia ke jalan Allah...Subhanallah, amin.
Sewaktu takbiratul-ihram saya tak dapat menahan sebak betapa Maha Hebat & Maha Berkuasanya Allah. Setiap yang berlaku dan setiap takdir yang telah ditentukanNya ada hikmah. Allah s.w.t tahu segala-galanya dan setiap kejadian adalah atas kehendakNya. Allah...Allah...Allahhhh... Anak yang tidak berdosa itu seperti memahami keadaan dirinya yang serba kekurangan. Dia tidak meminta dilahirkan sedemikian rupa tapi Allah anugerahkannya kelebihan salah satunya IMAN dia. Saya cukup tersentuh dan kagum melihat dia solat. Bibir saya tak lekang mengucap Subhanallah...Allahuakbar betapa hebatnya Engkau, ya Allah.
Di dalam Al Qur’an, Allah berfirman pada sejumlah ayat bahawa Dialah yang menciptakan alam semesta dan semua makhluk di dalamnya dari ketiadaan dan menata semuanya tanpa cela. Pada ayat berikut, dinyatakan bahwa alam semesta dan apa-apa di dalamnya diciptakan:
Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang, (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah, Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (QS. Al A’râf, 7: 54)
Perbezaan manusia dalam penciptaan juga berdasarkan kearifan ilahi. Dengan demikian, Allah tidak menzalimi seseorang. Kerana setiap orang akan menemukan dirinya sesuai dengan potensinya, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia Allah berikan kelebihan dan kekurangan, tidak ada manusia yang seutuhnya sempurna. Dari situ jugalah kita mampu bahawa semua kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri manusia merupakan kuasa dan kehendak Allah Swt. Kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita merupakan nikmat. Dan nikmat-nikmat itu sendiri boleh menjadi ujian dan cubaan bagi yang memilikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan