...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Khamis, 30 Jun 2011

ALLAH SWT MENCIPTA SEGALANYA DIMUKA BUMI INI

Hari ini 29hb Jun 2011, Rabu bersamaan 27 Rejab 1432H. Malam ini semua umat Islam menyambut Israk Mikraj (Israk - Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ) (Mikraj - Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah).

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiapkali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Peristiwa ini juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah s.w.t. telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda s.a.w.

Itulah sedikit sebanyak saya kupaskan pengertian Israk Mikraj. Malam ini, saya ke masjid untuk mendengar ceramah agama. Sewaktu nak dirikan solat Isyak saya terpandang seorang budak lelaki berjalan secara mengengsot. ‘Ishh budak ni dalam masjid pon nak main gak, nak kene budak nih’ kata sy dalam hati dengan perasaan geram dan marah. Sebabnya majoriti budak-budak yang datang ke masjid suka bermain sehingga menganggu para jemaah sedang solat. Tetiba makcik disebelah saya menyapa katanye ‘kasihan tengok budak tu.’ Sambil dia menunjuk ke arah budak lelaki tersebut. Bile saya amati betul-betul...Astaghfirullah hal’azim... ya Allah!!! Allahuakbar!!! Subhanallah!!! Apa dosa dia sampai saya ‘kutuk’ dia tadi. Rupa-rupanya budak lelaki tu cacat. Tidak cukup sifat bahagian kaki membuatkan dia tidak boleh berdiri dan berjalan seperti budak-budak yang lain. Ya Allah tersentuh hati ini melihat keadaannya tapi dia seorang budak yang tabah, sopan santun dan berakal jika dibandingkan yang seusianya. Ketika solat dia begitu khusyuk sekali berbeza dengan budak-budak yang lain lebih suka bermain ketika solat malah ada yang mengusiknya tetapi dia tidak berganjak sedikitpun, Subhanallah. Alhamdulillah Semoga Allah kurniakan pahala berlipatganda kepada orang yang menjaganya yang selama ini membimbing dia ke jalan  Allah...Subhanallah, amin.

Sewaktu takbiratul-ihram saya tak dapat menahan sebak betapa Maha Hebat & Maha Berkuasanya Allah. Setiap yang berlaku dan setiap takdir yang telah ditentukanNya ada hikmah.  Allah s.w.t tahu segala-galanya dan setiap kejadian adalah atas kehendakNya. Allah...Allah...Allahhhh... Anak yang tidak berdosa itu seperti memahami keadaan dirinya yang serba kekurangan. Dia tidak meminta dilahirkan sedemikian rupa tapi Allah anugerahkannya kelebihan salah satunya IMAN dia. Saya cukup tersentuh dan kagum melihat dia solat. Bibir saya tak lekang mengucap Subhanallah...Allahuakbar betapa hebatnya Engkau, ya Allah.

Di dalam Al Qur’an, Allah berfirman pada sejumlah ayat bahawa Dialah yang menciptakan alam semesta dan semua makhluk di dalamnya dari ketiadaan dan menata semuanya tanpa cela. Pada ayat berikut, dinyatakan bahwa alam semesta dan apa-apa di dalamnya diciptakan:

Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang, (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah, Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (QS. Al A’râf, 7: 54)

Perbezaan manusia dalam penciptaan juga berdasarkan kearifan ilahi. Dengan demikian, Allah tidak menzalimi seseorang. Kerana setiap orang akan menemukan dirinya sesuai dengan potensinya, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia Allah berikan kelebihan dan kekurangan, tidak ada manusia yang seutuhnya sempurna. Dari situ jugalah kita mampu bahawa semua kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri manusia merupakan kuasa dan kehendak Allah Swt. Kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita merupakan nikmat. Dan nikmat-nikmat itu sendiri boleh menjadi ujian dan cubaan bagi yang memilikinya.

Akhir kata, saya akhiri dengan ucapan Selamat Menyambut ISRAK MIKRAJ kepada semua muslimin dan muslimat..




Selasa, 28 Jun 2011

Kisah Si Pendayung Sampan

Seorang lelaki tua menyara hidupnya sebagai pendayung sampan di sebuah tasik. Tugasannya ialah membawa para pelancong melihat keindahan alam. 

Suatu hari seorang anak muda dari pengajian tinggi datang membuat kajian untuk menyiapkan kertas kerjanya. Dia menaiki sampan lelaki tua tersebut. Sepanjang menyusuri tasik tersebut mereka hanya berdiam diri. Mungkin anak muda ini merasa bosan maka si anak muda memulakan perbualan dengan lelaki tua.

Anak muda: Pakcik dah lama ke kerja sebagai pendayung sampan?
Lelaki tua: Alhamdulillah, lama dah...hampir separuh hidup pakcik, pakcik mencari rezeki sebagai pendayung sampan.
Anak muda: Ooo lame jugak pakcik bekerja sebagai pendayung ni ye. Ermm...pakcik tahu membaca tak?
Lelaki tua: Pakcik tak tahu
Anak muda: Hurmmm...sayangnya pakcik telah hilang 25% dari kehidupan pakcik.

Lelaki tua itu hanya membisu. Anak muda itu bertanya lagi.

Anak muda: Pakcik tau menulis tak?
Lelaki tua: Pakcik tak tau menulis, Nak.
Anak muda: Hurmmmmmm....pakcik dah hilang 25% lagi dari kehidupan pakcik. Kasihan...

Ujar anak muda seolah-olah memandang rendah terhadap kekurangan lelaki tua tersebut. Kedua-duanya mendiamkan diri. Ketika berada ditengah-tengah tasik. Tiba-tiba sampan lelaki tua itu bocor dan air mula memasuki sampan tersebut. Lelaki tua bertanya kepada anak muda tadi.

Lelaki tua: Air dah mula masuk nampaknya perahu ni akan karam. Anak tahu berenang tak?

Si anak muda itu mengerutkan wajahnya dan kelihatan gusar.

Anak muda: Erkkk...saya tak tahu berenang pakcik.
Lelaki tua: Sayangnya...anak tak tahu berenang maka anak telah hilang 100% kehidupan anak.

Si anak muda mula cemas.

Anak muda: Pakcikkkk...tolonglah selamatkan saya. Saya tak reti berenang. Saya tak mahu mati lemas. Tolonglah selamatkan saya...tolonglah pakcik!!

Sambil menangis. Anak muda tersebut terus merayu dan merayu agar lelaki tua itu menyelamatkannya daripada lemas.


Pengajaran

Setiap ciptaan Tuhan di alam semesta pastilah ada guna, hikmat dan hikmahnya. Jika tidak, tentu ini berlawanan dengan sifatNYA - Maha Bijaksana. Mustahil DIA mencipta main hentam keromo macam manusia yang lemah ini. Tidak mempercayai hakikat ini tentulah satu kesilapan dan kesalahan kerana seolah-olah menidakkan hikmah di setiap ciptaanNYA. Akan tetapi, mempercayai dengan iktikad yang salah, lagilah salah dan boleh merosakkan aqidah. Oleh yang demikian, percayalah secara sederhana, akui kebesaran Allah, akui hikmah-hikmah ciptaan-Nya namun yang berkuasa hanyalah Allah. Adapun "kuasa" sesuatu barangan ciptaan Allah itu adalah atas kehendak-Nya dan izin-Nya jua.

Dalam kehidupan ini janganlah kita memandang rendah pada kekurangan orang lain. Allah ciptakan kita ada yang dianugerahkan kelebihan dan kekurangan. Agar kita saling bantu membantu diantara satu sama lain. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui dalam setiap perkara.

Jika Allah menganugerahkan kelebihan kepada kita hendaklah kita bersyukur atas nikmatNya dan gunakanlah ia sebaik-baiknya. Maka kita bantu orang yang kurang bernasib baik dari kita.

Bagi yang tidak bernasib baik janganlah kita merasa rendah diri dan menyalahkan takdir yang ditentukan atas kekurangan kita. Jika kita gagal dalam hidup ini bukan bererti kita akan gagal selama-lamanya. Kerana setiap kejadian atau ujian yang Allah turunkan pada kita ada hikmah disebaliknya. Tanda sayangNya pada kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah:216)

Wallahualam bissawab...

Ahad, 19 Jun 2011

Adam Sebagai "Abul Basyar" Iaitu Bapa Manusia

Tahap Penciptaan Adam A.S

Pertama (Tahap debu): Dasar pembentukan Adam a.s. adalah debu, maka semasa Allah berkehendak menjadikan Adam, Dia memerintahkan malaikat untuk mengumpulkan debu dari penjuru bumi, dari bermacam-macam debu yang beraneka warna, kemudian dikumpulkan sebagai dasar pembentukan Adam a.s, sebagaimana yang telah ditunjukkan al-Quran al-Karim dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yang hidup berkembang biak.” (ar-Rum: 20)

Dan telah diterangkan dalam hadis yang sahih;
Maksudnya “Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah menjadikan Adam dari segenggam dari semua tanah, maka datanglah anak cucu Adam atas ukuran tanah, lalu datang mereka merah dan putih dan hitam dan di antara yang semua itu, dan yang mudah dan berduka dan buruk dan baik dan di antara yang semua itu.” (Riwayat Abu Daud)

Kedua (Tahap tanah liat): Dia membentuk debu ini dengan air, maka menjadilah tanah liat yang keras, melekat kuat antara satu dengan lainnya, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-Quran maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah ciptakan mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula)” (as-Shaffat: 11)

Adam dalam masa tanah liat ini lama sekali, sekitar 40 tahun sehingga menjadi kering dapat berbunyi bagaikan tanah tembikar ketika Dia mengukir, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ayat yang mulia maksudnya:

“Ia menciptakan manusia dari tanah liat kering seperti tembikar. Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.” (ar-Rahman: 14-15)

Ketiga (Tahap pembentukan): Kemudian Allah berkehendak untuk menjadikan tanah liat ini menjadi manusia yang sempurna, manusia yang mendengar dan melihat, maka Dia meniupkan roh-Nya. Dia menjadikan dengan bentuk yang indah, anggotanya sempurna, ini adalah tahap terakhir dalam Dia menjadikan Adam, dan telah datang sebuah atsar yang menunjukkan bahawa dalam pembentukan ini selama 40 tahun, dan semoga ayat yang mulia dalam surah al-Insaan ini memberikan isyarat pada lama Adam tinggal dalam pembentukan ini, iaitu firman Allah maksudnya:

“Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut.” (al-Insan: 1)

Dan yang dikehendaki manusia di sini adalah Adam.

Anak cucu Adam: Adapun anak cucu Adam dan generasi seterusnya diciptakan oleh Allah dengan jalan perkahwinan, berbeza dengan kejadian Adam kerana mereka dijadikan dengan setitik air yang hina (nuftah), kemudian segumpal darah (‘alaqah) kemudian segumpal daging (mudghah), baru tahap peniupan roh, sebagaimana firman Allah s.w.t maksudnya:

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk, maka sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah, kemudian dari seketul daging.” (al-Hajj: 5)

Malaikat Sujud Kepada Adam

Setelah Allah meniupkan roh kepada Adam, Allah memerintahkan kepada malaikat supaya bersujud kepada Adam a.s untuk menghormati dan memuliakan, bukan sujud beribadah atau menyembah, kerana Allah tidak akan memerintah sesorang dengan tujuan menyembah, dan sebahagian pentafsir berpendapat bahawa sujud pada hakikatnya hanya kepada Allah, bukan untuk Adam, sedangkan Adam bagaikan kiblat yang dikategorikan mushala 9tempat solat), mempunyai arah ke kiblat. Adapun solatnya dan sujudnya untuk Allah semata, seperti demikian itu mengkategorikan Adam sebagai kiblat bagi malaikat yang suci. 

Demi perintah Tuhan itu kerana untuk merayakan kesempurnaan Adam dan dalam kesucian ketinggian keadaannya, sebagai kemuliaan manusia ini di mana malaikat sujud kepada ayahnya (Adam a.s), dan Allah telah mengusulkan Adam dengan empat keistimewaan iaitu tanda keutamaan yang tinggi:

Pertama: Dia dijadikan Allah dengan tangan-Nya.

Kedua: Allah meniupkan kepadanya dengan roh-Nya.

Ketiga: Dia memerintah malaikat bersujud kepadanya.

Keempat: Dia mengajarkan kepadanya beberapa nama.

Firman Allah s.w.t maksudnya, “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.” (al-Baqarah: 31)

Kemasukan Roh


Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu. Dikatakan ruh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan malaikat. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail memaksa roh memasuki tubuh tersebut masuk ke dalam tubuh Adam. Ia memasukkannya ke dalam tubuh dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah meresapi ke kepala Adam, maka berfungsilah otak dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna. Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan malaikat di sekelilingnya. Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah tasbih para malaikat. Apabila roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga terbuka. Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan kalimah pertama diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.

Kemudian, roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat manusia yang terburu-buru. Ketika roh sampai di perut, maka organ dalam dan perut tersusun sempurna dan saat itu Adam mula merasakan lapar. Akhirnya, roh meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala darah daging, tulang, urat saraf dan kulit. Menurut riwayat, kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia kini dan warnanya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.

Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia. Walau bagaimanapun, hanya Nabi Muhammad s.a.w mendapat gelaran "Abul Ruh" atau "Abul Arwah" iaitu Bapa segala Roh.

Keterangan

Subhanallah, Maha suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu. Setiap yang diciptakan-Nya semuanya mengandungi hikmah dan rahsia yang tersembunyi. Apabila makin banyak kita mengetahui tentang sesuatu perkara, maka kita akan dapat merasakan bahawa sebenarnya sangat banyak perkara yang kita tidak ketahui di sebalik setiap penciptaan Allah swt. Oleh kerana itu Allah telah bersabda dalam hadis Qudsi bahawa kajilah tentang apa yang Aku ciptakan dan bukan pada zat-Ku.

Khamis, 16 Jun 2011

Tahap Rasulullah SAW Berlapar Dan Hikmahnya

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Tarmidzi dari Nu’man bin Basyir r.a bahawa ia berkata “Bukankah kamu sekarang mampu hidup bermewah-mewah dengan makan dan minum, apa saja yang kamu mahu, kamu mendapatkannya. Aku pernah melihat Rasulullah Muhammad SAW hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!”

Atau ada kisah juga seperti berikut ini. Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a menyebut apa-apa yang boleh dinikmati manusia sekarang ini dari dunia. Maka dia berkata ”Aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.”

Pernah juga kisah yang lain datang dari sahabat Abu Hurairah r.a, ia berkata “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang solat sambil duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: “Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu solat sambil duduk, apakah engkau sakit?” Jawab beliau: “Aku lapar, wahai Abu Hurairah!” Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: “Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.”

 Apa yang Rasulullah SAW lakukan akan membuktikan Baginda memiliki kedudukan tertinggi, tiada lagi insan yang lebih lapar dan bersabar demi menunaikan perintah Allah SWT. Insan lain tidak boleh menjadikan alasan miskin dan susah sebagai batu loncatan untuk meninggalkan perintah Allah SAW seperti berpuasa kerana Rasulullah SAW lebih kuat kesabaran dan lapar tetapi tetap menjunjung perintah Allah SWT.

Bayangkan jika Rasulullah SAW hidup seperti kita dan Rasulullah SAW memilih Al-Khamr semasa Allah SWT meminta Rasulullah SAW memilih diantara Susu dan Al-Khamr di saat Isra’ dan Mikraj. Al-Hamdulillah, Rasulullah SAW memilih Susu, tetapi kini umat Baginda lebih berani daripada Baginda dan telah menukar Susu kepada Arak (Al-Khamr)  dan syubhah dalam makanan mereka seharian. Nauzubillah Min Zalik.

Selasa, 7 Jun 2011

RAHSIA WANITA....

Merebut perhatian dan cinta dari wanita pujaan adalah mimpi dari setiap lelaki tetapi bagaimana mewujudkan impian itu. Berikut adalah sebahagian rahsia wanita yang yang harus lelaki ketahui....

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Good luck yaa, do the best!!!

Ahad, 5 Jun 2011

Jadilah Wanita Paling Bertuah Di Dunia

Diucapkan selamat bertemu wahai saudariku...para muslimah yang sentiasa mendirikan sembahyang, taat berpuasa dan melakukannya dengan khusyuk.

Selamat bertemu, saudariku...muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta perinsip mulia.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan pemikiran yang bersih.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa bersabar, berhati-hati dan memohon ampunan.


Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang menjadikan Aisyah, Maryam dan Khadijah sebagai teladan dan ikutan.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang mendidik para pahlawan, dan melahirkan lelaki yang menabur jasa.

Selamat bertemu, wahai saudariku...muslimah yang sentiasa menjaga nilai-nilai dan memelihara diri serta iffah.

Selamat bertemu, wahai saudariku...yang sentiasa takut kepada Allah dan menjauhi apa-apa yang dilarang dan dimurkai-Nya.

SUDAH TENTU ANDA PALING BERTUAH
Dengan senyum indahmu yang membangkitkan
cinta dan memberikan kasih sayang kepada sesama
insan. Dengan kata-kata baikmu yang mengikat
persahabatan dan menjauhkan sifat dengki dan
permusuhan.


Dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan si fakir, mengenyangkan perut orang yang kelaparan. Dengan mengkaji al-Quran, merenung dan mengamalkan kandungannya, bertaubat dan beristighfar.

Dengan zikir dan istighfar yang banyak, memanjatkan doa dan meluruskan niat. Dengan mendidik anak-anak dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat dan berguna bagi mereka.

Dengan rasa malu dan hijab yang disuruh oleh Allah. Itu adalah cara supaya sentiasa terjaga dari pandangan dosa.

Dengan bergaul dengan perempuan-perempuan baik yang sentiasa takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati ajarannya.

BUKAN SEBALIKNYA!
Bukan dengan usiamu yang habis untuk hal-hal
yang tidak perlu, membalas dendam kesumat dan
bertekak yang tidak bermanfaat.

Apa juga musibah yang datang menimpa, pada
akhirnya ia akan menuju kelapangan hati jua.

Keayuan semula jadimu, wahai saudariku, sebenarnya lebih menarik daripada matahari. Sedangkan kewangian budi pekertimu, dirimu lebih wangi daripada minyak kesturi. Dengan kerendahan hatimu, dirimu lebih tinggi daripada bulan; dan dengan kelembutanmu, dirimu lebih halus daripada hujan renyai-renyai. Kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan, kerelaanmu serta iffah dan maruah.

Oleh itu, wahai saudariku, perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak, tetapi solat dua rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, airmata taubat, sujud panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Pakailah pakaian takwa, dirimu akan menjadi wanita tercantik di dunia, sekalipun bajumu koyak. Serlahlah sifat kesantunan, supaya dirimu menjadi wanita tercantik di dunia meskipun dirimu jalan berkaki ayam.

PEDOMAN HIDUP
Di mana-mana dalam dunia ini, anda akan mendapati kegelapan. Tiada cara yang paling tepat selain memantulkan cahaya yang ada dalam dirimu.


Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia 
supaya dirimu lebih indah berbanding jambangan bunga...

"..aku mencintaimu kerana semangat perjuangan agama yang ada padamu..jika hilang semangat perjuangan agama padamu, maka hilanglah cintaku padamu.."


Aku mencintaimu kerana Allah...
Adakah namamu yang tertulis di Luf Mahfuz sana...
Ya Allah tabahkan hatiku
menghadapi ujian dan cabaran yang mendatang...

Sedang aku terfikir...
adakah hebatnya cintamu bila ku berikan hati ini..
Adakah engkau bisa memberikan cinta yang hebat seperti cintaNya?
Apa kelebihanmu jika aku ingin jatuh cinta kepadamu..
Apakah engkau bisa membahagiakanku 
seperti mana DIA membahagiakanku 
dengan cintanya yang sentiasa mewangi?
Adakah cukup bagimu memberiku bahagia 
dengan jalan yang tidak diredhaiNya?
Ya Allah janganlah engkau pesongkan hatiku 
untuk mencintai yang lain selainMu..
Hanya cintaMu yang ku damba..


Bukanlah aku membenci cinta antara kita..
tetapi aku ada matlamat lebih utama dalam menggapai cinta..
mencari cinta yang tidak ada bandingnya..
Bukanlah aku tidak ingin mencintaimu..
Bukanlah aku tidak ingin cinta darimu..
tetapi aku ingin merasai nikmat cinta hakiki..
sebelum cintaku dijaja..
Aku ingin menjadi wanita yang bahagia..
sebelum aku merasa cinta suci dari engkau di dunia..

Tidaklah aku mahu engkau kecewa..
melihat aku sudah berpunya..
Dipunya oleh Sang Pencipta..
Yang Maha Hebat cintaNYa..

Tidaklah aku mendamba engkau mencintaiku..
seperti mana cinta Muhammad kepada Khadijah..
Cinta Yusuf dan Zulaikha..
Bukan jugak cinta Shah Jehan dan Mumtaz
Di agungkan dengan Taj Mahalnya..
Tetapi aku mendamba cintamu tulus
dari hati yang inginkan redha illahi..


YA!! Aku mencintaimu kerana Allah
Kerana cinta itu tulus dari hati yang suci
mendamba yang hakiki..
Ku mengharap engkau mengerti..
Kerana diri ini sudah di miliki..

Tetapi jika engkau meredhai..
aku pasti menjadi milikmu nanti..
hingga jannah kekal mewangi..
Disirami cinta yang hakiki..
Syukran ya Habibi~

Khamis, 2 Jun 2011

Takut Kepada Allah S.W.T

Di samping kesanggupan menggadai nyawa untuk agama Allah s.w.t, para sahabat r.a juga mempunyai semangat mengorbankan diri, harta dan maruah untuk Islam. Namun demikian, perasaan takut dan gerun yang amat ketara terhadap Allah s.w.t tetap wujud dalam diri mereka. Semoga Allah s.w.t mengurniakan secebis daripada sifat-sifat mereka kepada kita yang berdosa ini. Sebagai contoh, beberapa kisah tentang sifat-sifat ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Amalan Nabi s.a.w Ketika Ribut
Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi s.a.w. Wajah Baginda s.a.w akan menjadi pucat. Baginda s.a.w akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini, ertinya:
"Ya Allah, aku memohon daripadaMu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada dalamnya dan keburukan yang Engkau kirim dengannya."
Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi s.a.w. Saya bertanya, "Wahai Rasul Allah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan ialah tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah."

Baginda s.a.w bersabda, "Wahai Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum 'Ad telah diazab dengan perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata, "Awan itu akan membawa hujan untuk kami. Sedangkan dalam angin itu ada azab." (Durrul Manthur)

Firman Allah s.w.t
"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, 'Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita.' (Mendengarkan kata-kata yang demikian Nabi Hud a.s berkata) "Tidak, bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tidak terperi sakitnya. Yang menghancurleburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya." (Setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi (punah-ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikian Kami membalas kaum yang berdosa."
(al-Ahqaf : 24 & 25)

Keterangan
Inilah sifat takut kepada Allah s.w.t yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. Walaupun daripada sabdaan Baginda s.a.w sendiri menunjukkan bahawa Baginda s.a.w ialah 'Saiyyidul-Awwalin-wal-Akhirin' (yang bermaksud penghulu semua orang yang terdahulu dan terkemudian). Dalam kitab suci al-Quran pun ada ayat yang mengatakan bahawa Allah s.w.t  tidak akan mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad s.a.w ada bersama mereka. Sungguhpun Allah s.w.t telah berjanji sedemikian namun apabila Baginda s.a.w melihat awan hitam dan ribut, Baginda s.a.w masih teringatkan azab yang menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan yang mendalam terhadap Allah s.w.t.

Berdasarkan kisah ini, marilah kita melihat keadaan diri kita sendiri. Meskipun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai macam azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. Kita juga tidak menyibukkan diri dengan taubat, istighfar dan solah tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia-sia.

Rabu, 1 Jun 2011

Subuh Yang Indah Bersamamu, Ya Rasulullah

Dinihari di Madinah Al-Munawwarah. Aku saksikan sahabat-sahabat berkumpul di masjidmu. Angin sahara membekukan kulitku. Gigiku gemeretak, kakiku bergoncang.
Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka. Dan kau datang, ya Rasulullah. Kami pandang dikau. “Assalamu'alaika ayyuhan nabi warahmatullahi wabarakatuh,” kudengar salam disampaikan bersahut-sahutan. Kau tersenyum, ya Rasulullah. Wajahmu bersinar. Angin sahara berubah hangat. Cahayamu memasuki seluruh daging dan jiwaku. Dinihari Madinah berubah menjadi pagi yang indah.
Kudengar kau bersabda, “Adakah air pada kalian?”
Cepat-cepat kutengok gharibah-ku. Kulihat para sahabat yang lain sibuk memeriksa kantung mereka, “Tak ada setitik air pun, ya Rasulullah.” Kusesali diriku, mengapa tidak kucari air yang cukup sebelum tiba di masjidmu. Beruntung benar sekiranya kubasahi wajah dan tanganmu dengan percikan air dari kantung airku.
Kudengar suaramu yang indah, “Bawakan padaku wadah yang masih basah.” Aku ingin loncat mempersembahkan gharibah airku tapi ratusan sahabatmu berdesakan mendekatimu. Kau ambil satu gharibah air yang kosong. Kau celupkan jari jemarimu yang mulia. Subhanallah, kulihat air mengalir dari celah-celah jemarimu. Kami berdesakan, berebutan berwuduk dari pancuran sucimu. Betapa sejuk air itu ya Rasulullah. Betapa harum air itu ya Nabiyallah. Betapa lazat air itu, ya Habiballah. Kulihat Abdullah bin Mas’ud pun mereguk sepuas-puasnya.
Qad qamatish shalah, qad qamatish shalah….
Alangkah bahagianya aku bisa shalat di belakangmu, ya Sayyidal Anam. Ayat-ayat suci mengalir dari suaramu. Melimpah, memenuhi jantung dan seluruh pembuluh darahku.
Usai shalat subuh, kau pandangi kami, masih dengan senyum yang indah itu. Cahaya wajahmu, ya Rasulullah, tak mungkin aku lupakan. Ingin kubenamkan setitis diriku dalam samudera dirimu. Ingin kujatuhkan sebutir peribadiku pada sahara tak terhingga peribadimu.
Kudengar kau berkata, “Menurut kalian, siapakah makhluk yang paling menakjubkan imannya?”
Kami jawab serentak, “Malaikat, ya Rasulullah.”
“Bagaimana mereka tak beriman, padahal mereka berada di samping Tuhan mereka?” jawabmu.
“Kalau begitu para nabi, ya Rasulullah.”
“Bagaimana mereka tak beriman, bukankah wahyu turun kepada mereka?”
“Kalau begitu kami, sahabat-sahabatmu, ya Rasulullah.”
“Bagaimana kalian tak beriman padaku padahal aku berada di tengah-tengah kalian? Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman? Mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan.” Aku tahu, ya Rasulullah, kami telah saksikan mukjizatmu. Kulihat wajahmu yang bersinar, kulihat air telah mengalir dari celah jemarimu, bagaimana mungkin kami tak beriman kepadamu. Kalau begitu siapa ya Rasulullah, orang yang kau sebut paling menakjubkan imannya?
Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kami termanggu. Ah, gerangan siapakah mereka itu? Siapa yang kau puji itu, ya Rasulullah? Kutahan nafasku, kucurahkan perhatianku. Dan bibirmu yang mulia mulai bergerak, “Orang yang paling menakjubkan imannya adalah kaum yang datang sesudahku. Yang beriman kepadaku, padahal mereka tak pernah melihat dan berjumpa denganku. Yang paling menakjubkan imannya adalah orang yang datang setelah aku tiada. Yang membenarkan aku padahal mereka tak pernah melihatku. Mereka adalah saudara-saudaraku.”
Kami terkejut. “Ya Rasulullah, bukankah kami saudaramu juga?”
Kau menjawab, “Benar, kalian adalah para sahabatku. Adapun saudaraku adalah mereka yang hidup setelah aku. Yang beriman kepadaku padahal mereka tak pernah melihatku. Merekalah yang beriman kepada yang ghaib, yang menunaikan shalat, yang menginfakkan sebahagian rezeki yang diberikan kepada mereka…(QS. Al-Baqarah; 3)”
Kau diam sejenak ya Rasulullah. Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kudengar kau berkata, “Alangkah rindunya aku berjumpa dengan saudara-saudaraku. Alangkah beruntungnya bila aku dapat bertemu dengan saudara-saudaraku.”
Suaramu parau dan butiran air mata tergenang di sudut matamu. Kau ingin berjumpa dengan mereka, ya Rasulullah. Kau rindukan mereka, ya Nabiyallah. Kau dambakan mereka, ya Habiballah….
Wahai Rasulullah, kau ingin bertemu dengan mereka yang tak pernah dijumpaimu, mereka yang bibirnya selalu bergetar menggumamkan selawat untukmu. Kau ingin datang memeluk mereka, memuaskan kerinduanmu. Kau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan selawat. Masih kuingat sabdamu, “Barangsiapa yang datang kepadaku, aku akan memberinya syafaat di hari kiamat.”
Ya wajihan ‘indallah, isyfa’lana ‘indallah. Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah…