Dari Khalid ibn Umair Al-Adawi berkata: Utbah bin Azwan telah menerangkan kepada kami, setelah memuji Allah dan selawat ke atas Nabi s.a.w beliau berkata: Tanpa syak lagi telah dimaklumkan bahawa kehidupan dunia akan tamat. Berpaling kebelakang dan dengan pantas berlalu. Kini dunia tinggal sisa yang sedikit seumpama dalam sebuah mangkuk minuman yang manusia berebut menghisapnya.
Kamu akan meninggalkan dunia ini dan akan berpindah ke sebuah rumah yang tidak ada kesudahannya. Oleh itu bawalah bekalan yang terbaik (amal kebaikan) untuk perpindahan ke rumah itu. Kami telah diberitahu bahawa dipinggir neraka terdapat seketul batu yang dicampakkan ke dalam neraka selama 70 tahun namun belum sampai ke dasarnya. Demi Allah pada suatu hari nanti neraka jahanam ini juga akan dipenuhi oleh manusia. Tidakkah kamu hairan dengan perkara ini?
Sesungguhnya kami telah diceritakan bahawa antara 2 galang pintu syurga ialah seluas 40 tahun perjalanan , tetapi pada suatu hari nanti pintu yang seluas itu pun akan menjadi sempit kerana sesaknya manusia. Aku melihat dizaman itu ketika bersama-sama Rasulullah s.a.w, 7 orang dikalangan sahabat, aku juga termasuk di antaranya tidak mempunyai apa-apa makanan kecuali daun-daun pohon sehingga kedua dinding mulut kami menjadi luka. Daku menjumpai sehelai selimut yang ku koyakkan menjadi 2 bahagian. Sebahagian ku jadikan kain dan sehelai lagi ku berikan kepada Hadzrat Saad bin Malik.
Hari ini di antara kami ada yang menjawat sebagai gabenor negeri disatu-satu negeri. Aku berlindung kepada Allah daripada melihat diriku sebagai orang yang besar tetapi kecil pada pandangan Allah. (Perjalanan dan) Cara Kenabian telah hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya digantikan dengan cara (sistem) beraja, selepas kami nanti kamu akan lihat gabenor lain pula memerintah dan lihat bagaimana dia akan memerintah.
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan