...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Khamis, 7 April 2011

Jangan Kerana Dunia


Dunia
apa ada pada isinya
apa rasa pada ertinya
indahkah ia pada realitinya


Tatkala kita sibuk bertuhankan dunia
pabila kita alpa bermalamkan lampu neraka
mana hati dan jiwa kita
mungkinkah terlena dibuai syurga sementara


Manusia
tidak dijadikan Kalam suci sebagai arca semata
tidak diciptakan Rasul sebagai boneka
adakah kita terlupa atau saja melupakannya


Bukan haluan mengubah sentuhan
tapi sentuhan mengubah perjalanan
perjalanan yang mampu menuju tujuan
tujuan yang seiring dengan ketentuan


Manusia
jangan lagi dijajah kebinasaan
biar kita menjajah untuk kesempatan
untuk amal dan bekalan hiasan
kalungan persembahan kepada Tuhan
"Allah penghulu hari kebangkitan"


( Hasil Nukilan,Zaidi Md Ishak )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan