Salam'alaik...
Menghitung hari menuju ke hari bahagia. Tanggal 24 Mac 2011 saya akan bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Air Asia tambang murah pergi balik hanya RM78.00 sahaja. What??? Unbelievable!!! Pasti anda berkata begitu tu kan??? Hahaha sedangkan pakcik saya lagi terkejut beruk kata dia “Murah gileeeeeeeer”. Itulah rezeki namanya. Sepatutnya saya tempah tiket penerbangan minggu lepas. Tapi pakcik suruh tangguh dulu. So aku turuti kehendak dia coz masa tu harga tiket pergi balik RM153.00. Fuhhhhhhhh nasib baik tak beli. Then 23 Mac, saya mencuba nasib tangan gatal sangat nak tengok flight schedule. Wahhhhhhh tak caye dengan harga murah RM33 termasuk cukai airport RM15 je. So kesemuanya RM78.00 jer. Hmmm pucuk dicita ulam mendatang...rezeki datang bergolek jangan ditolak. Saya call pakcik bagitau dia ada tambang murah. Pakcik kata on, hahhaha saya terus on!!!
Dan yang seronoknya, ini pertamakali saya menaiki penerbangan AirAsia ke semenanjung coz saya pelanggan tetap MAS. Nak bertukar angin pula cuba sesuatu yang baru. Tapi tertanya-tanya difikiran ini, rasa cuak naik AirAsia sebab orang kata Syarikat AirAsia ini guna pesawat lama entah ke berapa 'hand' dah agaknya...hehe. Maybe saya khuatir factor keselamatan jika dibandingkan MAS. Moga Allah permudahkan urusan saya hari itu, InsyaAllah, Amin. Haisss puteriBalqis jangan bersangka buruk dulu. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Belum merasa macam mana nak tahu selesa ke tak ye kan?? However, semoga selamat semuanya yer...
Pemergian saya ke sana selama 6 hari. Hari Selasa, 29hb Mac dah balik daaa. Alhamdulillah rezeki...seorang kawan pakcik pelawa saya menginap dirumah dia. Kawan perempuan ea bukan lelaki tau...hehe! Jimat sikit perbelanjaan aku, ahaks!. However, thanks to Alia bagi aku tidur di rumah kau. Tambahan pula menghadiri majlis kahwin kakak dia pada 26hb Mac. Syukran jiddan. Ana uhibbuki fillah ya ukhti Alia...hahaha....besar ganjaran pahalanya menyediakan tempat tinggal untuk musafir seperti saya ni haaa ((^_~
Yang buat saya teruja and excited sangat nak jumpa buah hati iaitu pakcik saya ataupun panggilan dia Ammu (bahasa Arab). Alhamdulillah dia dah selamat sampai balik ke Malaysia gara-gara pergolakan di negara Mesir. Pakcik saya ni penuntut Al-Azhar. Lamanya dia tak balik ke Malaysia. Itulah kata orang disebalik kejadian rusuhan di Mesir ada hikmahnya. Rezeki Allah bagi pakcik bersama penuntut-penuntut yang lain balik dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Terima kasih Kerajaan Malaysia. Itu dinamanya 1 Malaysia! Yepieeee...
Dag dig dug....jantung saya berdegup menunggu penuh debaran dimana 24hb Mac tercipta satu sejarah atau kenangan paling indah dalam hidup saya dan pakcik...hehe. Kalu ikutkan plan kitorang, dia akan jemput saya di airport. Waduhhhhhhhhh...malu bangat Omm...hahah mana taknya buat pertamakali saya jumpa dia, face to face...real! Sebelum ni kitorang cuma buat videocall je. Almaklumlah terpisah di antara dua benua. Moga Allah permudahkan perancangan kami, InsyaAllah. First time jumpa maybe still malu-malu kucing kot...haha. Tapi perjumpaan ini akan ditemani kawan saya, Cik Alia. Tak boleh keluar berdua-duaan bahaye! Nanti datang orang ketiga iaitu syaitan yang sentiasa menghasut kita melakukan kejahatan. Na’uzubillahiminzalik...
Jom nyanyi bersama...
Haa...kita sambung balik. Haiss macam mana agaknya orang bernama Pakcik ni kan. Lama tak tengok dia cume call hp atau sms je. Makin chubby ke dia sekarang maklumlah hari-hari makan masakan omak...haha. Maalish ammu makaaaaan je kalu dah balik Mesir nanti mana dapat makan masakan omak. Pasti rindukan air tangan omak kan. Ammu tak nak cuba merasa masakan saya ke?? Ahaks!
Akak Siti Norisah, Akak Norhafizah, Adik Syuhada, Ustaz Taha, Shidah, Akak Humairah semuanya kepingin nak jumpa saya. InsyaAllah kalu ada kesempatan, saya akan jumpa kalian semua. Itu pun jika termampu coz pakcik dilantik sebagai tour guide saya. Dia pun ingat-ingat lupa jalan kat KL ni sebab lama sangat duduk di Mesir. Hope jangan tersesat pulak kita nanti yer pakcik!
Hurmmm saya dah ketandusan idea ni tak tau nak cakap apa lagi. Sekarang dah 10.16pm dari tadi asyik menguap je itu tandanya masa untuk tidur. Esok kene bangun awal keje then lusanya pulak, Sabtu cutiiiiiiiiiiiiii...yeaaaaaahaaarrrr seronok-seronok. InsyaAllah jika dipanjangkan umur moga kita berjumpa lagi diruangan Bicaranya...ialah Senyum. Doakan untuk saya semoga selamat sampai dan pulang dan dipermudah segala urusan oleh Allah Taala, insyaAllah, amin ya rabb. Kalu ada kesempatan insyaAllah saya akan coretkan pengalaman saya 6 hari disana.
Akhir kata dari saya, sebelum memejamkan mata Muhasabahkan Diri dulu apa yang telah kita buat hari ini adakah kita mengundang kemurkaan Allah. Jika ada segeralah kita beristighfar bersungguh-sungguh agar taubat dan amalan kita hari ini diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t. Dan kedua, maafkan semua orang hilangkan rasa dendam dan takbur pada diri, insyaAllah, Allah berikan ganjaran pahala untuk kita bagi orang sentiasa rendah diri. Akhir sekali ucapkan kalimah Lailahaillah dan baringlah mengikut sunnah Rasulullah iaitu mengiring ke kanan. Semoga diulit mimpi indah dan jaga diri, jaga mata, jaga hati dan jaga lidah... Oppss lupe satu perkara...jangan lupa baca doa tidur ya, ahaks! Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan