“Kesetiaan mengukuhkan cinta, kecurangan menghancurkan segala keindahan cinta. Sesebuah ikatan perhubungan akan terlerai jika cinta tidak lagi bersama.”
Alam percintaan merupakan alam yang pasti dilalui oleh setiap insan. Keasyikan berada dalam alam percintaan membuatkan kita hanya menumpukan kepada sesuatu yang indah dan baik sahaja. Kita mahukan perasaan cinta itu lahir tanpa sebarang gangguan tetapi cinta akan terganggu apabila hanya menurutkan kata nafsu. Cinta tersangat indah kepada sesiapa yang begitu memahaminya dan ikhlas menikmatinya.
Hampir dua minggu tak online bersama si dia. Sibuk dengan urusan masing-masing. Sabtu, 25hb Disember 2010 adalah cuti umum bagi negara Malaysia sempena Hari Krismas. Selamat Hari Krismas bagi penganut Kristian!
Hari ini agak sibuk dengan kerja rumah dengan aktiviti mencuci keretanya lagi, cuci baju. Sebaik selesai semuanya saya terus mencapai laptop nak online untuk melepas kerinduan..hehe. Tak terlintas difikiran dia akan online. Hati kecilku menjerit kegembiraan bila orang tersayang tiba-tiba muncul. So waktu petangnya saya habiskan masa untuk berchatting dengan dia yang jauh diperantauan dibumi anbiya. Menjelang Januari depan dia akan menduduki imtihan. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu, InsyaAllah boleh jawab dengan mudah...amin ya rabb.
Begitulah penangan cinta, kita akan sentiasa mendoakan dan mahukan yang terbaik untuk orang tersayang. Lebih-lebih lagi cinta jarak jauh yang memerlukan pengorbanan, kepercayaan, kefahaman dan paling penting kesetiaan dalam satu perhubungan.
Nak dijadikan satu cerita, sebaik je online saya gemar melawati blog orang lain. Secara tak sengaja, saya terbaca satu blog seorang perempuan. Nickname kekasih dia serupa dengan nama si dia. So saya dah mula prasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan. Mujurlah muncul kawan rapat saya. Saya cerita kat dia mengenai penemuan tersebut. Kawan saya ni cuba menyedarkan saya dan nasihat jangan mudah berfikiran negative. Sepatutnya saya percaya dan bersyukur kerana si dia memilih saya sebagai teman dia...hehe tapi jangan salah tafsir pulak yer, belum ke tahap nak kahwin lagi... ahaks!
Sehinggakan kawan saya ni naik fed up dan malas nak masuk campur dalam hal ni. Tapi saya berdegil dan nekad nak ajukan soalan ni kat si dia. Pucuk di cita ulam mendatang, secara kebetulan dia pun online. Saya tak perlu menunggu lama. Hati ini dah gundah gulana, perasaan ingin tahu jawapannya dah membuak-buak seperti mengalirnya larva dari kawah gunung berapi. Tapi gunung berapi ni tak meletus macam yang kat Indonesia yer, hehe. Dia seperti tahu yang saya perlukan dia. Sebaik dia melangkah masuk ke ruangan chat saya terus tanya soalan bertubi-tubi kat dia. Lagak seperti polis sedang melakukan siasatan terhadap pesalah...hehe...kasihan dia...kenapa laa saya ni kejam sangat. Tapi kali ini kita orang tak gaduh. Tanya secara elok, Alhamdulillah memang sah bukan dia malah dia tak kenal pun tuan empunya blog tu. Hehe...malu...malu..malu......sangat-sangat. Sebab syak dan tuduh dia bukan-bukan tanpa ada bukti kukuh! Mana saya nak taruk muka nieeeee...hehe
So moral of the story is....
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Tapi kalau anda di tempat saya sudah tentu anda akan melakukan perkara yang sama. Hurmmm perasaan cemburu memang tak boleh nak dinafikan dan tak boleh nak dielakkan. Itu tandanya kita sayang kat dia. Kita tak nak kehilangan orang tersayang. Tapi kalau dia bukan jodoh kita, kita harus terima hakikat dan redha dengan ketentuan Ilahi.
“Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang lebih tepat.”
Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang, yang menentukannya Allah. Itulah diari kehidupan seorang hamba Allah. Ada masanya gembira dan bahagia, ada masanya pula berduka dan sedih. Bila adunan hidup ini diadunkan bersama maka terciptalah kehidupan yang sangat indah untuk kita harungi. Pengalaman ini menjadikan kita semakin matang agar berfikiran terbuka.
“Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa...dan cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama kearah yang sama...”
Wahhhhh...indahnya madah ni...suka sangat-sangat...teringat kat dia lahhhhhh...huhu. Sekarang ni saya menghitung hari. Menjelang bulan Januari tanggal 10hb adalah ulangtahun kami....hehe...hari ini 26...27...28...29...30...31...1....2...3 seterusnya...9...10!!! urmmm tak sabar tunggu 10hb! Semoga hubungan ini kekal dan akan bertahan sampai bila-bila, InsyaAllah.
“Kekasihku, seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. Tidak ada dua dan tiga biarpun kamu hanya manusia biasa. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, keikhlasanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada dua hati yang terpisah. Apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah...”
sayang awak!
(P/s: Artikel ini telah dikarang pada 25hb Disember 2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan