...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Khamis, 24 Februari 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Salam'alaik...

Menghitung hari menuju ke hari bahagia. Tanggal 24 Mac 2011 saya akan bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Air Asia tambang murah pergi balik hanya RM78.00 sahaja. What???  Unbelievable!!!  Pasti anda berkata begitu tu kan??? Hahaha sedangkan pakcik saya lagi terkejut beruk kata dia “Murah gileeeeeeeer”. Itulah rezeki namanya. Sepatutnya saya tempah tiket penerbangan minggu lepas. Tapi pakcik suruh tangguh dulu. So aku turuti kehendak dia coz masa tu harga tiket pergi balik RM153.00. Fuhhhhhhhh nasib baik tak beli. Then 23 Mac, saya mencuba nasib tangan gatal sangat nak tengok flight schedule. Wahhhhhhh tak caye dengan harga murah RM33 termasuk cukai airport RM15 je. So kesemuanya RM78.00 jer.  Hmmm pucuk dicita ulam mendatang...rezeki datang bergolek jangan ditolak. Saya call pakcik bagitau dia ada tambang murah. Pakcik kata on, hahhaha saya terus on!!!
Dan yang seronoknya, ini pertamakali saya menaiki penerbangan AirAsia ke semenanjung coz saya pelanggan tetap MAS. Nak bertukar angin pula cuba sesuatu yang baru. Tapi tertanya-tanya difikiran ini, rasa cuak naik AirAsia sebab orang kata Syarikat AirAsia ini guna pesawat lama entah ke berapa 'hand' dah agaknya...hehe. Maybe saya khuatir factor keselamatan jika dibandingkan MAS. Moga Allah permudahkan urusan saya hari itu, InsyaAllah, Amin. Haisss puteriBalqis jangan bersangka buruk dulu. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Belum merasa macam mana nak tahu selesa ke tak ye kan?? However, semoga selamat semuanya yer...

Pemergian saya ke sana selama 6 hari. Hari Selasa, 29hb Mac dah balik daaa. Alhamdulillah rezeki...seorang kawan pakcik pelawa saya menginap dirumah dia. Kawan perempuan ea bukan lelaki tau...hehe! Jimat sikit perbelanjaan aku, ahaks!. However, thanks to Alia bagi aku tidur di rumah kau. Tambahan pula menghadiri majlis kahwin kakak dia pada 26hb Mac. Syukran jiddan. Ana uhibbuki fillah ya ukhti Alia...hahaha....besar ganjaran pahalanya menyediakan tempat tinggal untuk musafir seperti saya ni haaa ((^_~

Yang buat saya teruja and excited sangat nak jumpa buah hati iaitu pakcik saya ataupun panggilan dia Ammu  (bahasa Arab). Alhamdulillah dia dah selamat sampai balik ke Malaysia gara-gara pergolakan di negara Mesir. Pakcik saya ni penuntut Al-Azhar. Lamanya dia tak balik ke Malaysia. Itulah kata orang disebalik kejadian rusuhan di Mesir ada hikmahnya. Rezeki Allah bagi pakcik bersama penuntut-penuntut yang lain balik dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Terima kasih Kerajaan Malaysia. Itu dinamanya 1 Malaysia! Yepieeee...

Dag dig dug....jantung saya berdegup menunggu penuh debaran dimana 24hb Mac tercipta satu sejarah atau kenangan paling indah dalam hidup saya dan pakcik...hehe. Kalu ikutkan plan kitorang, dia akan jemput saya di airport. Waduhhhhhhhhh...malu bangat Omm...hahah mana taknya buat pertamakali saya jumpa dia, face to face...real! Sebelum ni kitorang cuma buat videocall je. Almaklumlah terpisah di antara dua benua. Moga Allah permudahkan perancangan kami, InsyaAllah. First time jumpa maybe still malu-malu kucing kot...haha. Tapi perjumpaan ini akan ditemani kawan saya, Cik Alia. Tak boleh keluar berdua-duaan bahaye! Nanti datang orang ketiga iaitu syaitan yang sentiasa menghasut kita melakukan kejahatan. Na’uzubillahiminzalik... 

Jom nyanyi bersama...


Haa...kita sambung balik. Haiss macam mana agaknya orang bernama Pakcik ni kan. Lama tak tengok dia cume call hp atau sms je. Makin chubby ke dia sekarang maklumlah hari-hari makan masakan omak...haha. Maalish ammu makaaaaan je kalu dah balik Mesir nanti mana dapat makan masakan omak. Pasti rindukan air tangan omak kan. Ammu tak nak cuba merasa masakan saya ke?? Ahaks!

Akak Siti Norisah, Akak Norhafizah, Adik Syuhada, Ustaz Taha, Shidah, Akak Humairah semuanya kepingin nak jumpa saya. InsyaAllah kalu ada kesempatan, saya akan jumpa kalian semua. Itu pun jika termampu coz pakcik dilantik sebagai tour guide saya. Dia pun ingat-ingat lupa jalan kat KL ni sebab lama sangat duduk di Mesir. Hope jangan tersesat pulak kita nanti yer pakcik!

Hurmmm saya dah ketandusan idea ni tak tau nak cakap apa lagi. Sekarang dah 10.16pm dari tadi asyik menguap je itu tandanya masa untuk tidur. Esok kene bangun awal keje then lusanya pulak, Sabtu cutiiiiiiiiiiiiii...yeaaaaaahaaarrrr seronok-seronok. InsyaAllah jika dipanjangkan umur moga kita berjumpa lagi diruangan Bicaranya...ialah Senyum. Doakan untuk saya semoga selamat sampai dan pulang dan dipermudah segala urusan oleh Allah Taala, insyaAllah, amin ya rabb.  Kalu ada kesempatan insyaAllah saya akan coretkan pengalaman saya 6 hari disana.

Akhir kata dari saya, sebelum memejamkan mata Muhasabahkan Diri dulu apa yang telah kita buat hari ini adakah kita mengundang kemurkaan Allah. Jika ada segeralah kita beristighfar bersungguh-sungguh agar taubat dan amalan kita hari ini diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t. Dan kedua, maafkan semua orang hilangkan rasa dendam dan takbur pada diri, insyaAllah, Allah berikan ganjaran pahala untuk kita bagi orang sentiasa rendah diri. Akhir sekali ucapkan kalimah Lailahaillah dan baringlah mengikut sunnah Rasulullah iaitu mengiring ke kanan. Semoga diulit mimpi indah dan jaga diri, jaga mata, jaga hati dan jaga lidah... Oppss lupe satu perkara...jangan lupa baca doa tidur ya, ahaks! Wassalam.

Dunia Bagai Wanita Tua Terbaring Nazak Menunggu Ajal

Assalammualaikum,
Apa khabar sahabat semua? Rindunya saya pada blog ini lama sudah tidak dikemaskini. Untuk makluman sahabat semua, blog ini telah bertukar nama dari najlamuhaimin kini bertukar kepada Bicaranya…ialah Senyuman. Lama menyepikan diri atas sebab-sebab tertentu dan mungkin juga kerana ketandusan idea…hehe. Syukurillah walhamdulillah dapat bersua kembali bersama sahabat semua.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita dari negara luar, Mesir. Sebuah negara Islam mengalami pergolakan yang diperintah oleh Hosni Mubarak selama 30 tahun lamanya. Selama pemerintahan beliau, banyaknya berlaku rasuah, persengketaan diantara penganut Islam dan Kristian, kenaikan harga barang dan taraf hidup yang agak mundur. Rusuhan ini berlarutan selama 18 hari dan berlakunya perbalahan diantara penunjuk perasaan dan penyokong Hosni malah setiap hari berlakunya kematian. Pihak kerajaan Mesir telah mengambil tindakan memutuskan talian telefon dan internet bermula pada 26hb Disember 2010. Ini menyebabkan ibubapa dan ahli keluarga pelajar bimbang dengan keadaan di Mesir yang semakin meruncing dan menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan mengeluarkan pelajar-pelajar dari negara pergolakan tersebut. Kerajaan Malaysia telah mengambil kata putus mengeluarkan kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dalam Ops Piramid.

Pada 12hb Februari 2011, Sabtu pada jam 6 petang (waktu Mesir) Hosni Mubarak telah mengisytiharkan perletakan jawatannya sekaligus menamatkan rusuhan yang berlaku di Mesir, Alhamdulillah…
Rusuhan di Tahrir Square, Egypt

Hemmm…itulah ragam dunia. Dunia ini tak pernah sunyi. Kali ini kita ‘disajikan’ pergolakan di Bahrain pula dimana rakyatnya sama seperti di Mesir mahu menggulingkan pemerintahan kerajaan Sunni. Dan yang terbaru ialah bencana alam di Christchurch, New Zealand telah mengalami gempa bumi berskala 6.3 skala Richter, awal pagi pada 22 Februari 2011. Sehingga kini jumlah kematian dilaporkan ialah sebanyak 65 orang dan ramai lagi terperangkap dalam bangunan runtuh antara bencana alam terburuk melanda dinegara ini...Inna lillahi wainna ilaihi rajiun

Bila kita renung kembali kejadian yang berlaku satu per satu. Bumi kita sudah tidak stabil atau selamat lagi. Saya teringat pada satu ceramah agama, dunia akhir zaman maka akan berlakunya kacau bilau baik berpunca daripada manusia itu sendiri seperti peperangan atau musibah yang diturunkan oleh Allah dimukabumi ini, itu adalah tanda-tanda hampirnya hari kiamat. 


Kalau kita masih ingat lagi dalam peristiwa Israk dan Mikraj ketika Rasulullah s.a.w dibawa menaiki kenderaan yang bernama Buraq yang terpantas sepantas kilat baginda menoleh dan melihat bumi tempat tinggal manusia dan segala makhluk yang lain seumpama seorang wanita tua. Di tengah perjalanan, Rasulullah mendengar seorang wanti tua yang cantik memanggil-manggilnya. Wanita itu mengenakan pakaian indah dan perhiasan emas berlian yang gemerlapan. Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail, siapa gerangan wanita tersebut. Jibrail menjawab bahawa wanita tua itu adalah Dunia.


Gempa Bumi di Christchurch, New Zealand

Kalau kita jujur, benarlah ucapan Jibrail itu. Dunia tempat kita berpijak ini semakin tua rasanya kian indah dan cantik. Di mana-mana orang giat membangun, mencari pendekatan terbaik dan terhebat. Mereka tidak sedar, bangun dalam bahasa Arab bererti Kiamat. Bererti, secara tidak sedar pula manusia semakin sibuk menghias diri untuk menyongsong datangnya kiamat. Perilaku manusia yang seperti itu memang merupakan petanda akan segera tibanya akhir zaman, selain tanda yang sudah digariskan oleh Allah dengan mengutus Nabi akhir zaman, Muhammad bin Abdullah. Dan, jika masa itu Rasulullah melihat wanita tua itu badannya sudah bongkok tapi bagaimanakah keadaan wanita tua itu sekarang? Cuba anda fikir sejenak. Mungkin dia kini terbaring kulai tak berdaya dalam keadaan yang amat uzur sedang menunggu ajalnya iaitu Kiamat!

Sudahkah kita semua bersiap sedia untuk menemui Allah. Kalau saya sendiri saya akan jawab, saya belum bersedia. Rasa takut untuk bertemu dengan-Nya kerana atas dosa-dosa yang telah saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak…secara sengaja atau sebaliknya. Ya Allah aku takut pada seksaan azabMu kerana aku jahil dan mudah lalai dalam mengharungi kehidupan sebagai hambaMu. Bagiku belum cukup amalanku kerana aku khuatir jika amalanku selama ini diterima atau tidak. Aku takut ya Allah…aku malu untuk berhadapan dengan-Mu, bertentang mata pada kekasih-Mu, Rasulullah s.a.w atas dosa yang telah ku lakukan selama ini. Dalam diri ini mahu bertemu dengan-Mu dalam keadaan bersih dan suci tanpa secalit dosa. Ya Allah kau tetapkanlah hatiku ini untuk berdiri teguh dijalan-Mu. Tetapkanlah imanku agar sentiasa menyintai-Mu dan kekasih-Mu. Sesungguhnya pada-Mu aku sujud meminta keampunan….


Marilah kita melihat satu hakikat yang sangat besar dalam kehidupan iaitu kita adalah para hamba yang faqir yang sangat-sangat memerlukan Allah s.w.t sedangkan Allah s.w.t adalah al Ghani, Yang Maha Kaya, yang tidak punya keperluan apa-apa. Manusia hari ini majoritinya sangat jauh dari Allah sehingga tidak merasakan keperluan untuk menghubungkan diri dengan Allah. Mereka amat bergantung kepada makhluk yang sangat lemah tetapi terputus dari Allah Yang Maha Kuat. Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita amat jahil, maka kita memerlukan hidayah dan petunjuk Allah.


Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita punya pengetahuan tetapi tidak mampu untuk mengamalkannya. Maka kita perlu memohon keampunan serta bertaubat dari kelemahan dan kelalaian kita. Sekiranya kita lalai atau enggan menunaikan hak-hak allah yang telah ditentukan ke atas kita, maka Allah Maha Berkuasa dengan mudah untuk mencipta dan memilih kelompok baru untuk berubudiyyah kepada-Nya dan berjuang untuk menegakkan Deen-Nya. Cintailah Allah dan berusahalah untuk menggapai cintaNya.


Disini saya kongsikan bersama bagaimana untuk meningkatkan iman kita kepada Allah, diambil dari website seorang teman. Sama-samalah kita renung dan amalkan:
  • Membaca Al-Quran dengan memahaminya dengan baik.
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat selepas mendahulukan solat wajib.
  • Selalu berzikir mengingati Allah dengan cara melalui hati, lisan dan perbuatan.
  • Mengutamakan kehendak Allah dalam melawan kehendak hawa nafsu.
  • Tanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan  memahami maknanya.
  • Mensyukuri nikmat dan kurniaan Allah kepada kita.
  • Menundukkan hati dan diri kepada Allah.
  • Menyendiri atau muhasabah diri untuk beribadah kepada Allah, bermunajat dan membaca   kitab suciNya di waktu malam ketika orang lain nyenyak tidur.
  • Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu daripada   mereka.
  • Menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara (maksiat) yang boleh menjauhkan kita   daripada Allah.
Alam ini adalah nikmat Alla s.w.t yang sempurna, yang mana Allah mendidik kita membuka akal fikiran dan sebaik-baik kejadian agar hidup kita selalu merasakan lapang dan senang melaksanakan kehidupan penuh yakin dan merangsang ke arah jati diri dan taat kepada perintah yang diberi. Semua kejadian dan makhluk di muka bumi ada amanah masing-masing untuk ditunaikan dan semua kepujian yang ditujukan kepada kudrat dan Iradat Alhurabbi pentadbir dan Raja Alam ini mengarahkan perintah sunatullah dan kewajipan diri. Agar kita dapat menghayati sifat-sifat dan Asmaul-Husna dengan rukun Iman dan syarat pengakuan tentang Islam agama yang hakiki diakhir zaman. Sama ada secara zahir mahupun secara ghaib.


Wallahu'alam Bissawab...

Nur Cinta Pada Ilahi


Wahai perasaan...
ku layarkan bersamamu sebuah harapan
ke samudera penuh godaan
sang camar beriringan menunjuk jalan
agar aku tak kesesatan dilambung ombak
atau kehilangan arah jalan pulang...

Wahai perasaan yang tak pernah terpuaskan
kemana lagikah haluan harus ku halakan?
akhirnya dalam pelayaran belum berkesudahan
ku temukan sebuah pelabuhan
untukku pujukmu wahai perasaan...

Oh Tuhan...berikanku percikan NurMu...
agar aku tak kesesatan...dan tahu jalan pulang...

Rabu, 23 Februari 2011

Kesetiaan Mengukuhkan Cinta Jarak Jauh


“Kesetiaan mengukuhkan cinta, kecurangan menghancurkan segala keindahan cinta. Sesebuah ikatan perhubungan akan terlerai jika cinta tidak lagi bersama.”


Alam percintaan merupakan alam yang pasti dilalui oleh setiap insan. Keasyikan berada dalam alam percintaan membuatkan kita hanya menumpukan kepada sesuatu yang indah dan baik sahaja. Kita mahukan perasaan cinta itu lahir tanpa sebarang gangguan tetapi cinta akan terganggu apabila hanya menurutkan kata nafsu. Cinta tersangat indah kepada sesiapa yang begitu memahaminya dan ikhlas menikmatinya.

Hampir dua minggu tak online bersama si dia. Sibuk dengan urusan masing-masing. Sabtu, 25hb Disember 2010 adalah cuti umum bagi negara Malaysia sempena Hari Krismas. Selamat Hari Krismas bagi penganut Kristian!

Hari ini agak sibuk dengan kerja rumah dengan aktiviti mencuci keretanya lagi, cuci baju. Sebaik selesai semuanya saya terus mencapai laptop nak online untuk melepas kerinduan..hehe. Tak terlintas difikiran dia akan online. Hati kecilku menjerit kegembiraan bila orang tersayang tiba-tiba muncul. So waktu petangnya saya habiskan masa untuk berchatting dengan dia yang jauh diperantauan dibumi anbiya. Menjelang Januari depan dia akan menduduki imtihan. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu, InsyaAllah boleh jawab dengan mudah...amin ya rabb.

Begitulah penangan cinta, kita akan sentiasa mendoakan dan mahukan yang terbaik untuk orang tersayang. Lebih-lebih lagi cinta jarak jauh yang memerlukan pengorbanan, kepercayaan, kefahaman dan paling penting kesetiaan dalam satu perhubungan.

Nak dijadikan satu cerita, sebaik je online saya gemar melawati blog orang lain. Secara tak sengaja, saya terbaca satu blog seorang perempuan. Nickname kekasih dia serupa dengan nama si dia. So saya dah mula prasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan. Mujurlah muncul kawan rapat saya. Saya cerita kat dia mengenai penemuan tersebut. Kawan saya ni cuba menyedarkan saya dan nasihat jangan mudah berfikiran negative. Sepatutnya saya  percaya dan bersyukur kerana si dia memilih saya sebagai teman dia...hehe tapi jangan salah tafsir pulak yer, belum ke tahap nak kahwin lagi... ahaks!

Sehinggakan kawan saya ni naik fed up dan malas nak masuk campur dalam hal ni. Tapi saya berdegil dan nekad nak ajukan soalan ni kat si dia. Pucuk di cita ulam mendatang, secara kebetulan dia pun online. Saya tak perlu menunggu lama. Hati ini dah gundah gulana, perasaan ingin tahu jawapannya dah membuak-buak seperti mengalirnya larva dari kawah gunung berapi. Tapi gunung berapi ni tak meletus macam yang kat Indonesia yer, hehe. Dia seperti tahu yang saya perlukan dia. Sebaik dia melangkah masuk ke ruangan chat saya terus tanya soalan bertubi-tubi kat dia. Lagak seperti polis sedang melakukan siasatan terhadap pesalah...hehe...kasihan dia...kenapa laa saya ni kejam sangat. Tapi kali ini kita orang tak gaduh. Tanya secara elok, Alhamdulillah memang sah bukan dia malah dia tak kenal pun tuan empunya blog tu. Hehe...malu...malu..malu......sangat-sangat. Sebab syak dan tuduh dia bukan-bukan tanpa ada bukti kukuh! Mana saya nak taruk muka nieeeee...hehe

So moral of the story is....
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia.  Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tapi kalau anda di tempat saya sudah tentu anda akan melakukan perkara yang sama. Hurmmm perasaan cemburu memang tak boleh nak dinafikan dan tak boleh nak dielakkan. Itu tandanya kita sayang kat dia. Kita tak nak kehilangan orang tersayang. Tapi kalau dia bukan jodoh kita, kita harus terima hakikat dan redha dengan ketentuan Ilahi.

“Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang lebih tepat.”

Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang, yang menentukannya Allah. Itulah diari kehidupan seorang hamba Allah. Ada masanya gembira dan bahagia, ada masanya pula berduka dan sedih. Bila adunan hidup ini diadunkan bersama maka terciptalah kehidupan yang sangat indah untuk kita harungi. Pengalaman ini menjadikan kita semakin matang agar berfikiran terbuka.

“Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa...dan cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama kearah yang sama...”

Wahhhhh...indahnya madah ni...suka sangat-sangat...teringat kat dia lahhhhhh...huhu. Sekarang ni saya menghitung hari. Menjelang bulan Januari tanggal 10hb adalah ulangtahun kami....hehe...hari ini 26...27...28...29...30...31...1....2...3 seterusnya...9...10!!! urmmm tak sabar tunggu 10hb! Semoga hubungan ini kekal dan akan bertahan sampai bila-bila, InsyaAllah.

“Kekasihku, seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. Tidak ada dua dan tiga biarpun kamu hanya manusia biasa. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, keikhlasanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada dua hati yang terpisah. Apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah...”

sayang awak!

(P/s: Artikel ini telah dikarang pada 25hb Disember 2010)

Pelangi Yang Indah Untuk Kita


Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang hina ini...selalu berprasangka buruk padaMu ya Allah sedangkan Engkau mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini.


Kadangkala Allah hilangkan mentari...
Kemudian DIA datangkan guruh...
Puas kita menangis...
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah untuk kita...
Sabarlah duhai insan, insyaAllah akan ada kemanisan disebalik kepahitan...