...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Khamis, 24 November 2011

Qasidah Tholama


Tholama asyku ghoromi yaa nurol wujud
wa unadi ya tihaami yaa ma’dinal juud

For so long I have complained of my loneliness
Oh light of existence, light of Allah…
I mention, I call you, oh, Noble Mecca,
Source of excellence and sublimity…

Mun-yati aqshol maromi ahzho bissyuhud
wa aro baabas salami yaa azkal judud

My ultimate expectation and goal is the meeting with you,
It is the crown of my success…
I have seen the Port of Safety,
Oh, he whose essence is purity….

Ya sirajal kauni inni aashiq muntaham
Mughramun wal Madhu fannii Ya Badrat Tamaam

Oh, Light of creations…
verily my longing for you has mountained…
My longing and poem becomes my art
Oh, Perfect Full Moon…

Ishrifil’aroodho’ anni adhnaanis saqom
fiika qod ahsantu zhonni yaa saamil’uhud

Remove the bothersome veil so that I may see you,
I have a strong expectation of your promise of safety
Oh, one who is firm in his promises,…

Yaa sirojal anbiyaa-i yaa’alil janaab.
yaa imaamal atqiyaa-i inna qolbi dzaab

Oh, light of the prophets, Oh, summit of purity,
Leader of the people of Taqwa, My heart is one with you…

Wa’alaikallahu sholla rabbi dzuljalal….
Yakfi yaa nurol ahillah inna hajri thool…

For you may there be the salutations of Allah,…
My Lord is indeed the Master of Every Perfection…
It’s enough for me, Oh, light of Allah,
To journey towards you, surely the separation is long…

Sayyidi wal’umru walla jud bil washli jud

My master, all my life you are my beloved,
Hasten my meeting with you…


Ahad, 13 November 2011

Cintailah Rasulullah kerana baginda s.a.w sangat menyayangi kita

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w.  Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendara dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”

Israfil bersuara: “Wahai orang yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibrail a.s berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibrail a.s berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.”

Baginda s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Baginda s.a.w bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibrail a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”


Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiapkali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya, “Di mana umatku?”

Jibrail a.s berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibrail a.s menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s dan Jibrail a.s menangis. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Mengapa kamu berdua menangis?”

Jibrail a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Dimana umatku?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya: “Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibrail a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi. “Di mana umat Muhammad s.a.w?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibrail a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. “

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku... Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy Allah s.w.t  dan sekali lagi, baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Fatimah r.a bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat. Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!”

Isnin, 31 Oktober 2011

Ruqyah Syar'iyyah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah Al-Isra': 82)

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." 
(Surah Asy-Syu'ara':80)


Pengertian Ruqyah

Ruqyah Syar'iyyah

Ruqyah Syar'iyyah ialah sebuah terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasulullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya, yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin, kerasukan, pengaruh  sihir, gangguan kejiwaan, berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu gangguan penyakit tersebut.

Ruqyah Syirkiyyah

Ruqyah Syirkiyyah adalah mantera, jampi serapah atau doa-doa yang mengandungi unsur-unsur kemusyrikan dan diharamkan oleh syariat. Ruqyah Syirkiyyah ini pastinya akan mengundang jin dan syaitan sebagai pembantu. Orang yang melakukannya akan mendapat laknat Allah serta dijauhkan daripada-Nya. Kebiasaannya orang yang mengamalkan cara rawatan ini adalah bomoh atau dukun.

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang pun sebelum mengatakan: 'Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagi mu), sebab itu janganlah kamu kafir'. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui." (Al-Baqarah: 102)


Memperkenalkan dan mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang rawatan Qurani yang diamalkan Rasulullah SAW, para sahabat dan umat Islam umumnya dalam merawat penyakit rohani dan jasmani serta dari gangguan jin dan syaitan.

Ada beberapa perkara yang melandasi kita semua untuk membahaskan tentang Ruqyah Syar'iyyah dalam keadaan masyarakat kita sekarang ini.

Di antaranya ialah:
  • Menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW dalam urusan penjagaan dan perlindungan diri serta rawatan untuk penyakit rohani mahupun jasmani dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, zikir dan doa yang terdapat dalam hadis yang sahih dan hasan.
  • Kurangnya benteng pertahanan diri yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam dengan wirid-wirid syarie sehingga ramai umat Islam yang terkena pengaruh buruk pandangan mata kedengkian manusia dan jin malah ramai yang menjadi mangsa kejahatan dunia sihir, perdukunan dan perbomohan yang mendatangkan syirik.
  • Hebat dan dahsyat campur tangan jin dalam kehidupan manusia.
  • Ruqyah Syar'iyyah adalah sarana dakwah yang sangat efektif untuk menyelamatkan akidah masyarakat dari bahaya kesesatan dan kesyirikan yang disebabkan oleh berkembangnya dunia perbomohan di tengah masyarakat apa lagi hal ini di dokong oleh kebebasan media massa untuk memperomosikannya secara besar-besaran.
  • Ruqyah Syar'iyyah merupakan sarana yang efektif dalam penjagaan dan peningkatan keadaan rohani dan keimanan khususnya bagi aktivis dakwah Islam.

Gejala Gangguan Jin dan Kesannya Pada Manusia

Gambar Hiasan
A. Gejala pada waktu tidur:
  • Susah untuk tidur pada waktu malam atau tidak dapat tidur kecuali setelah jangka masa yang lama.
  • Susah tidur atau terlebih tidur sehingga tidak dapat melakukan ibadah-ibadah yang diinginkan.
  • Cemas dan sering terjaga pada waktu malam.
  • Mimpi ngeri (berasap atau berkabus) iaitu mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu ingin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
  • Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala dan tikus.
  • Ketawa, menangis atau berteriak ketika tidur.
  • Merintih pada waktu tidur dan berdengkur dengan kuat.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi dan sebagainya.

B. Gejala pada waktu sedar:
  • Sering was-was dan ketakutan.
  • Suka marah-marah.
  • Dorongan kuat untuk melakukan maksiat.
  • Lesu dan malas sekali untuk melakukan ibadah.
  • Suka berkhayal, fikiran bercelaru dan tidak menentu.
  • Selalu pening yang tidak disebabkan oleh keuda-dua mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong dan perut.
  • Histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
  • Rasa sakit pada salah satu daripada anggota badan yang tidak dapat dikesan melalui perubatan moden.

C. Jenis-jenis gangguan jin:
  • Gangguan keseluruhan iaitu jin mengganggu keseluruhan tubuh badan seperti orang yang mengalami histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
  • Gangguan sektoral atau bahagian tertentu iaitu jin memegang atau mengganggu salah satu anggota badan seperti tangan, kaki, lidah, lutut dan sebagainya.
  • Gangguan berpanjangan atau gangguan iaitu jin terus berada di dalam jasad untuk waktu yang lama.
  • Gangguan sementara iaitu tidak lebih dari beberapa minit seperti mimpi buruk.

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan al-Quran pada telinganya, si jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh pesakit itu akan berasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbullah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram sejuk
- berdebar-debar


Doa dan Zikir dari Rasulullah SAW

"Dengan nama Allah yang kerana bersama namaNya, tiada suatu apapun dilangit atau dibumi mampu mendatangkan bahaya, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa saja yang diciptakanNya."


"Ya Allah, Penguasa seluruh manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah. Dan Engkaulah yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu, kesembuhan tanpa meninggalkan rasa sakit."


"Dengan nama Allah, aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku hadapi dan aku hindari."


"Ya Allah, sihatkanlah badanku. Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku."


Amalan Harian Selepas Rawatan

Untuk menangkis gangguan daripada berulang, para pesakit hendaklah mengamalkan ibadah harian seperti berikut: 
  1. Bersolat lima waktu tepat pada masa. (Digalakkan berjemaah)
  2. Sentiasa membaca al-Quran.
  3. Sentiasa dalam keadaan berwudhu'.
  4. Wajib menutupi aurat.
  5. Sentiasa membaca basmallah dalam semua perkara.
  6. Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa perlindungan dari Rasulullah SAW seperti di atas.
  7. Mematikan dan membuang semua azimat, minyak, tangkal dan wafak jika masih menyimpannya. 
  8. Mengamalkan ayat Kursi setiap selepas solat fardhu dan sebelum tidur.
  9. Memasang audio bacaan al-Quran di rumah.
  10. Ucapkan selepas solat subuh sebanyak 100 kali.
"Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas sesuatu."


Urutan Ayat-Ayat Ruqyah (No; Nama Surah; Juzuk; Ayat)

Al Ruqyah Al Shariah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

1 Al-Fatihah 1: Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1: 1-5
3 Al-Baqarah 1: 102
4 Al-Baqarah 2: 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3: 255
6 Al-Baqarah 3: 285-286
7 Ali-Imran 3: 18-19
8 Al-‘Araf 8: 54-56
9 Al-‘Araf 9: 117-122
10 Yunus 11: 81-82
11 Toha 16: 69
12 Al-Mukminun 18: 115-118
13 As-Soffaat 23: 1-10
14 Al-Ahqaaf 26: 29-32
15 Ar-Rahman 27: 33-36
16 Al-Hasyr 28: 21-24
17 Al-Jin 29: 1-9
18 Al-Ikhlas 30: Seluruhnya
19 Al-Falaq 30: Seluruhnya
20 An-Naas 30: Seluruhnya


Sesungguhnya kesembuhan itu datang dari Allah, maka itu mintalah kepadaNya dengan cara mengamalkan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang. Jika diri anda sendiri tidak melakukannya, maka kesembuhan itu takkan sampai jika tiada ikhtiar, yakin serta tawakal pada Allah.

"Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka didahului baginya hukuman di dunia (berupa musibah dan kesusahan agar terhapus dosa-dosanya) dan apabila Dia menghendaki keburukan pada hamba-Nya, maka Dia akan menahan darinya (membiarkannnya) dengan dosa-dosanya sehingga dosa-dosanya dibalas pada hari Kiamat." 
(Hadis Riwayat Tirmizi)



والله أعلمُ بالـصـواب

Khamis, 13 Oktober 2011

30 Peringatan Tentang Kesedihan


Firman Allah S.W.T:

لا تحزن ان الله معنا
La tahzan innallaha ma’ana

“Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita” [At-Taubah: 40]



  1. الا بذكر الله تطمئن القلوب
Mengingati Allah akan mententeramkan.

  1. Solat ubat mujarab menghilang kesedihan.
  2. Rasa redha boleh menghilangkan kesedihan.
  3. Jangan Bersedih, Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
  4. Jangan Bersedih, setiap sesuatu telah ada qhada’ dan qadar.
  5. Jangan Bersedih, kerana kelapangan pasti datang.
  6. Jangan Bersedih, kerana rahmat Allah melimpah.
  7. Jangan Bersedih, memaafkan orang yang menyakiti anda itu lebih baik.
  8. Jangan Bersedih, masih banyak nikmat yang ada pada diri anda.
  9. Jangan Bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
  10. Jangan Bersedih, banyak cara yang dapat mengusir kesedihan.
  11. Jangan Bersedih, anggaplah celaan orang sebagai angin yang lalu.
  12. Jangan Bersedih, hinaan tidak selamanya buruk.
  13. Jangan Bersedih, pilihan Allah adalah pilihan terbaik.
  14. Jangan Bersedih, selama anda masih dapat berbuat baik kepada orang lain.
  15. Jangan Bersedih, kerana di sana banyak jalan meringankan musibah.
  16. Jangan Bersedih, kerana masih ada orang yang menyayangi anda.
  17. Jangan Bersedih, kerana masih ada kehidupan lain.
  18. Jangan Bersedih, tanyalah dirimu sendiri tentang hari ini, kelmarin dan esok.
  19. Jangan Bersedih, kerana kesedihan merosakkan badan.
  20. Jangan Bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih.
  21. Jangan Bersedih, selagi anda beriman kepada Allah.
  22. Jangan Bersedih, kerana segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga.
  23. Jangan Bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki saat ini.
  24. Jangan Bersedih, kerana boleh jadi cubaan adalah anugerah.
  25. Jangan Bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain.
  26. Jangan Bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat.
  27. Jangan Bersedih, kerana kehidupan di dunia ini amat singkat.
  28. Jangan Bersedih, kerana kesedihan anda membuat musuh anda gembira.
  29. Jangan Bersedih, hadapilah kenyataan.
Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingati dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang dan iman kembali berkobar-kobar…SubhanAllah!!!

Rabu, 28 September 2011

Syafakillah yaa Rubaiyyi




InsyaAllah semoga sakit ini menjadi kafarah buatku dan mengurangi beban hisabku kelak. Sabar….Allah sedang menunjukkan rasa sayang-Nya pada hamba-Nya.

Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa…

Syafakillah syifaanajilan, syifan la yughadiru ba’dahu sagaman…
Semoga Allah menyembuhkan secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya.

Amin…

Ahad, 18 September 2011

Untuk Mu Bakal 'Imam' Ku


Untukmu bakal ‘Imam’ku
Yang tiada siapapun mengenali
Termasuklah diri ini
Dirimu masih rahsia penciptamu
Rahsia yang telah ditentukan untukku
Yang perlu kusingkap dengan segunung taubat
Dan sepenuh kesungguhan sujudku
Hanya jambatan istikharah jua
Yang bisa merungkai rahsiaku ini

Ketahuilah wahai mujahidku
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku
Apalagi untuk menatap wajahmu
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah
Justeru diri ini amat bersyukur
Kerana masih tidak ditakdirkan
Sebarang pertemuan antara kita
Ku bimbang andai terjadi pertemuan itu
Sebelum lafaz akad darimu
Sungguh kita menempuh seksaan Allah
Ya Tuhan kami, lindungilah kami

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu
Tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad
Yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah
Apalah ertinya perasaan kasih
Yang bersemi untukmu ‘suami’ku
Andai maharnya bukan kemampuanmu
Untuk mendidikku menjadi mujahidah
Yang mencintai DIA lebih dari segala-segalanya

Tiada yang lebih bahagia ‘suami’ku
Melainkan didikanmu yang akan membut diri ini
Mencintai perjuangan menegakkan Dien ini
Berikan ku sepenuh kekuatanmu
Dalam mendidik iman ku agar syahid ku dambakan
Berikanku segala kasihmu jua
Agar sujudku kan tegar padaNya
Dalam memohon dikurniakan pada kita
Mujahid-mujahid yang akan menyambung
Perjuangan abi mereka

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati
Yang kau sediakan untuk diriku
Agar sebahagian hatimu itu akan menjadi inspirasi padaku
Untuk menghantar satu per satu
Mujahid kita ke medan jihad
Mungkin kau hairan ‘suami’ku
Mengapa diri ini hanya inginkan
Sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya


‘Suami’ku, hatimu itu milik Rabbul Jalil
Dan ku mohon sebahagian itu sebagai semangatku
Wahai ‘suami’ku dari awal lagi sudah kudidik hati ini
Bahawa dirimu, ‘suami’ku
Bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku
Itu bukan milikku... kalian milik Allah
Dan diriku hanya medan yang diciptakanNya
Untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini

Wahai ‘suami’ku
Walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu
Yang pasti bersama kita mendidik hati
Mencintai syahid demi redhaNya
Sebagai hamba yang menikmati kurniaan
Yang tidak terkira dari Rafi’ul A’la
Bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA
Lebih dari segala isi dunia dan dunia ini
Kerana hilang erti pada sebuah kehidupan
Andai cinta dari Allah tidak kita balas
Andai cinta sementara bisa melukakan hati
Sepatutnya hati-hati kita robek sudah
Kerana gagal membalas segunung cinta
Dari DIA Maha Esa

Semoga semuanya terjawab dalam sujud
Yang kita labuhkan demi redhaNya
Biarlah seribu malam berlalu
Tapi pastikan ianya berlalu
Dengan alunan sendu dalam sujud kita
Di atas lembaran tahajjud
Uhibbuka fillah....


Jumaat, 16 September 2011

Law Kaana Bainana

Rasulullah s.a.w diutuskan oleh Allah ke dunia ini untuk memimpin umat manusia ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Kita kena sentiasa ingat bahawa Baginda s.a.w adalah rahmat yang tak ternilai harganya untuk kita dan sekalian alam sebagaiman Allah s.w.t ada menyebut di dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud 'Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam.'


Rasa Cinta dan kasih kepada Baginda Rasul sepatutnya direalisasikan di dalam kehidupan seharian. Terlalu banyak contoh teladan yang ada pada diri Rasulullah itu untuk kita ikuti sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang).”

Antara sifat dan Amalan Rasulullah yang boleh kita contohi ialah:

Sentiasa bersifat benar dan amanah dalam menyampaikan perintah Allah SWT.

Sentiasa menunjukkan rasa hormat pada teman.

Sentiasa menzahirkan kasih sayang serta menghargai anak-anak yatim, fakir dan orang miskin.

Sentiasa menjauhkan diri dari bercakap bohong, dengki, khianat, mencaci, bakhil dan malas.


Ermmm....terlalu banyak sebenarnya untuk disenaraikan.


Dengan itu, kenangilah perjuangan Rasulullah s.a.w dalam usaha menyampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan.

Buktikan kasih kita kepada Baginda s.a.w bukan sekadar ucapan yang hanya indah di bibir. Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.



Moga kita semua peroleh syafaat Baginda s.a.w di akhirat kelak, Amin...


 

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Selamat Hari Raya AidilFitri, Taqobalallahu Minnaa wa Minkum, Minal 'Aidin wal Faizin...




Maaf Zahir & Batin

Rabu, 3 Ogos 2011

Kenapa Allah Temukan Kita dengan Orang yang Salah?



Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL...









Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)



Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerana dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Selasa, 2 Ogos 2011

“Rabbi, selamatkan, selamatkan!”


Padang Mashyar & Titian Siratul Mustaqim

 

Mahsyar (Bahasa Arabمحشر ) dalam Islam adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah mahupun tinggi di akhirat. Di Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di padang mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Menurut ajaran Islam, manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah Nabi Muhammad s.a.w.


Yaumul Ba'ats (Hari Kebangkitan)

Keadaan manusia pada hari kebangkitan berbeda-beda sesuai dengan amal ibadahnya di dunia. Setelah fasa kebangkitan makhluk dari alam kubur, maka manusia dan makhluk lainnya akan memasuki fasa di Mahsyar, yang selanjutnya akan diberikan/ dihadapkan.

  • Ita al-Kitab - Sebuah catatan amal masing-masing yang diberikan tiap-tiap makhluk.
  • Mizan - Kemudian akan dihadapkan sebuah neraca yang akan menimbang antara pahala dan dosa setiap makhluk.
  • Haudh (telaga) - Setiap nabi akan memiliki telaga ini. Menurut ajaran Islam, Muhammad memiliki telaga yang diberi nama Kautsar, namun hanyalah calon penduduk Syurga yang dapat merasakan lazatnya air itu.

Selama hari yang sangat menyiksa itu, Muhammad akan memberikan pertolongan untuk seluruh makhluk yang disebut sebagai Syafa'at Uzma, ia akan memohon kepada Allah supaya secepatnya diadakan hisab.


Keadaan Mahsyar

Matahari akan padam sehingga bumi dalam kegelapan. Tatkala mereka dalam keadaan demikian, langit di atas mereka berputar-putar dan meledak pecah berkeping-keping selama 500 tahun sehingga langit terbelah dengan segala kekuatannya kemudian meleleh dan mengalir bagaikan perak yang dipanaskan hingga berwarna merah dan manusia bercampur baur seperti serangga yang bertebaran dalam keadaan telanjang, tidak berpakaian dan berjalan kaki.

Kemudian matahari diterbitkan oleh Allah, tepat diatas kepala dengan jarak hanya 2 busur, sehingga manusia terpanggang oleh teriknya matahari yang suhu panasnya telah dinaikkan dan peluh pun mengalir deras, membanjiri padang mahsyar seiring dengan rasa takut yang luar biasa kerana mereka akan dihadirkan dihadapan Allah.

Kemudian peluh tersebut naik ke badan mereka, sesuai dengan tingkatan mereka dihadapan Allah. Bagi sebahagian orang berpeluh akan menggenang sehingga paras lutut, bagi sebahagian lain sehingga paras pinggang dan bagi sebahagian lainnya sehingga paras lubang hidung bahkan ada sebahagian manusia nyaris tenggelam di dalamnya.

Umat Islam Datang Dalam Berkelompok

Pada masa ini umat Islam datang secara berkelompok, berdasarkan surah An-Naba' ayat 18 dan hadits shahih. Muhammad bersabda, "Wahai Muadz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu yang sangat besar. Ada 12 kelompok umatku akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka semuanya itu Allah Maha Kuasa tukarkan, tidak seperti mereka hidup ketika didunia."

Golongan itu adalah seperti berikut:

Kelompok Pertama:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tanpa tangan dan berkaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia dulu suka mengganggu tetangganya.

Kelompok Kedua:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berupa babi hutan. Mereka adalah orang yang ketika hidupnya meringankan malas dan lalai dalam shalat.

Kelompok Ketiga:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan keledai, mereka sedangkan perut membesar seperti gunung dan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking. Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat.

Kelompok Keempat:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan darah memancut keluar dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli.

Kelompok Kelima:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan berbau busuk lebih daripada bangkai. Mereka ini adalah orang yang melakukan maksiat sembunyi-sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.

Kelompok Keenam:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan leher mereka terputus. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu.

Kelompok Ketujuh:
Dibangkitkan dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah serta darah. Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.

Kelompok Kelapan:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas, serta farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air. Mereka adalah orang yang berbuat zina dan mati tanpa sempat bertaubat.

Kelompok Kesembilan:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah hitam gelap dan bermata biru serta perutnya dipenuhi api. Mereka itu adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara zalim.

Kelompok Kesepuluh:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya.

Kelompok Kesebelas:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut. Perutnya pula menggelebeh hingga ke paha dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak.

Kelompok kedua belas:
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar bercahaya laksana bulan purnama. Mereka melalui titian siratul mustaqim seperti kilat yang menyambar. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik, selalu menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara shalat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat dan mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah.

Pada hari kebangkitan ini manusia akan dibangkitkan dalam 3 kelompok, iaitu:

Kelompok yang berkenderaan,
Kelompok yang berjalan kaki,
Kelompok yang berjalan dengan wajahnya.

Ada salah seorang sahabat yang menanyakan, bagaimana boleh sekelompok tersebut berjalan dengan wajahnya, kemudian Nabi Muhammad s.a.w menjawab "Allah yg menjadikan mereka berjalan dengan kaki, pasti mampu membuat mereka berjalan dengan wajah."



Barisan Di Mahsyar

Di padang mashyar nanti bendera-bendera dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh:

1.   Bendera Liwaus Shidqi (Kebenaran) dikibarkan oleh Abu Bakar Al-Siddiq bagi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.

2.   Bendera Fuwaha' untuk Mu'adz bin Jabal bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

3.   Bendera Zuhud untuk Abu Dzar Al-Ghiffari bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada di bawah bendera ini.

4.      Bendera Dermawan untuk Uthman bin Affan bagi para dermawan akan berada di bawahnya.

5.    Bendera Syuhada untuk Ali bin Abi Thalib bagi setiap orang yang mati syahid sama berbaris di bawah bendera ini.

6.      Bendera Qurra' untuk Ubay bin Ka'ab bagi para qari' sama berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

7.      Bendera Mu'adzin untuk Bilal bin Rabah bagi para mu'adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini.

8.   Bendera orang-orang yang dibunuh dengan aniaya untuk Husain bin Ali bagi orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.


Tujuh Orang Yang Mendapat Naungan

Di Mahsyar dengan suhu yang sangat panas di hari hisab, tentulah para manusia menjadi bingung dan panik ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia akan berkata: "Ke mana tempat lari?"

Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 10-11: "Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" Tetapi dengan kehendak Allah akan terdapat beberapa orang yang mendapatkan naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, iaitu merupakan rahmat Allah dan naungannya.

Ada tujuh orang yang akan mendapatkan naungan dari Allah dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah :

1.      Penguasa/ pemimpin yang adil.
2.      Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
3.      Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
4.      Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".
6.     Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu (ertinya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain).
7.     Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, sehingga kedua matanya mencucurkan air mata."

Siratul Mustaqim

Al Shirath (Bahasa Arab الصراط) adalah jambatan/ titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melewati masa di Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan shirath bagi mereka di atas Jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai dengan kadar keimanan mereka. Orang yang pertama kali melewatinya adalah Muhammad, kemudian Muhammad berdiri di tepi shirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!” 

Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.

Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu Jahannam bagi mereka.

Sesuai dengan surah Az Zumar ayat 71 “Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya.

dan Surat Al Hijr: 44, “Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.


Wujud Shirath

Jambatan yang menghubungkan Mahsyar dengan Syurga, menurut keterangan sahabat Abu Said, "Jambatan ini lebih kecil dari rambut dan lebih tajam dari pedang."

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan Shirath yang berada di atas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah-tengah neraka Jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Dia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang dihujungnya tajam. Duduklah setiap hamba di atas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah.


Pertanyaan di setiap pos:

Selama perjalanan di shirath, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa saja yang telah ia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:

1.      Pos pertama iman
2.      Pos kedua sholat
3.      Pos ketiga zakat
4.      Pos keempat puasa
5.      Pos kelima haji dan umrah
6.      Pos keenam wudhu' dan mandi junub
7.  Pos ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.

Jika seorang hamba lulus dari semua pertanyaan-pertanyaan ini, maka tetaplah ia pada pos dan jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka.

Dalam suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada di atas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka. Allah berfirman dalam Surah Maryam“Dan tidak ada seorangpun daripada kamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut." (Qs. Maryam 71-72).

Sedangkan api neraka itu selalu memakan tubuhnya, mulai dari kulit sehingga dagingnya, sehingga orang yang melalui di atas jambatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka. Sebahagian mereka ada yang melewati neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesulitan dan tidak pula merasakan panasnya, hingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Di manakah jambatan itu?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat Allah."


Sepuluh kumpulan manusia di Shirath:

Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Shirath adalah Nabi Muhammad s.a.w, dia akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbahagi kepada 10 bahagian, iaitu:

1.      Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

2.      Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.

3.      Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.

4.      Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

5.      Kumpulan yang kelima berlari.

6.      Kumpulan keenam berjalan.

7.    Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Shirath. Setiapkali, Nabi Muhammad s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

8.    Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad!" Muhammad kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!”

9.  Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya Allah saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.