Untukmu bakal ‘Imam’ku
Yang tiada siapapun mengenali
Termasuklah diri ini
Dirimu masih rahsia penciptamu
Rahsia yang telah ditentukan untukku
Yang perlu kusingkap dengan segunung taubat
Dan sepenuh kesungguhan sujudku
Hanya jambatan istikharah jua
Yang bisa merungkai rahsiaku ini
Ketahuilah wahai mujahidku
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku
Apalagi untuk menatap wajahmu
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah
Justeru diri ini amat bersyukur
Kerana masih tidak ditakdirkan
Sebarang pertemuan antara kita
Ku bimbang andai terjadi pertemuan itu
Sebelum lafaz akad darimu
Sungguh kita menempuh seksaan Allah
Ya Tuhan kami, lindungilah kami
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu
Tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad
Yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah
Apalah ertinya perasaan kasih
Yang bersemi untukmu ‘suami’ku
Andai maharnya bukan kemampuanmu
Untuk mendidikku menjadi mujahidah
Yang mencintai DIA lebih dari segala-segalanya
Tiada yang lebih bahagia ‘suami’ku
Melainkan didikanmu yang akan membut diri ini
Mencintai perjuangan menegakkan Dien ini
Berikan ku sepenuh kekuatanmu
Dalam mendidik iman ku agar syahid ku dambakan
Berikanku segala kasihmu jua
Agar sujudku kan tegar padaNya
Dalam memohon dikurniakan pada kita
Mujahid-mujahid yang akan menyambung
Perjuangan abi mereka
Berikanku sepenuhnya sebahagian hati
Yang kau sediakan untuk diriku
Agar sebahagian hatimu itu akan menjadi inspirasi padaku
Untuk menghantar satu per satu
Mujahid kita ke medan jihad
Mungkin kau hairan ‘suami’ku
Mengapa diri ini hanya inginkan
Sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya
‘Suami’ku, hatimu itu milik Rabbul Jalil
Dan ku mohon sebahagian itu sebagai semangatku
Wahai ‘suami’ku dari awal lagi sudah kudidik hati ini
Bahawa dirimu, ‘suami’ku
Bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku
Itu bukan milikku... kalian milik Allah
Dan diriku hanya medan yang diciptakanNya
Untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini
Wahai ‘suami’ku
Walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu
Yang pasti bersama kita mendidik hati
Mencintai syahid demi redhaNya
Sebagai hamba yang menikmati kurniaan
Yang tidak terkira dari Rafi’ul A’la
Bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA
Lebih dari segala isi dunia dan dunia ini
Kerana hilang erti pada sebuah kehidupan
Andai cinta dari Allah tidak kita balas
Andai cinta sementara bisa melukakan hati
Sepatutnya hati-hati kita robek sudah
Kerana gagal membalas segunung cinta
Dari DIA Maha Esa
Semoga semuanya terjawab dalam sujud
Yang kita labuhkan demi redhaNya
Biarlah seribu malam berlalu
Tapi pastikan ianya berlalu
Dengan alunan sendu dalam sujud kita
Di atas lembaran tahajjud
Uhibbuka fillah....
Assalamualaikum saudari..boleh saya nak berkenalan?Saya suke kerana saudari berpurdah sebb saya pun niat nak buat begitu ..Boleh berkenalan? Saya nak tahu adab2 berpurdah tak nak sekerat2..dan baju kena mencukpi..keraan kalau keluar kita kena tutup tak boleh dibuka lagi betul tak? Harap saudari sudi berkenalan dengn saya..>Nina. Facebook saya Cybercake Nina
BalasPadam