...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Jumaat, 16 September 2011

Law Kaana Bainana

Rasulullah s.a.w diutuskan oleh Allah ke dunia ini untuk memimpin umat manusia ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Kita kena sentiasa ingat bahawa Baginda s.a.w adalah rahmat yang tak ternilai harganya untuk kita dan sekalian alam sebagaiman Allah s.w.t ada menyebut di dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud 'Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam.'


Rasa Cinta dan kasih kepada Baginda Rasul sepatutnya direalisasikan di dalam kehidupan seharian. Terlalu banyak contoh teladan yang ada pada diri Rasulullah itu untuk kita ikuti sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang).”

Antara sifat dan Amalan Rasulullah yang boleh kita contohi ialah:

Sentiasa bersifat benar dan amanah dalam menyampaikan perintah Allah SWT.

Sentiasa menunjukkan rasa hormat pada teman.

Sentiasa menzahirkan kasih sayang serta menghargai anak-anak yatim, fakir dan orang miskin.

Sentiasa menjauhkan diri dari bercakap bohong, dengki, khianat, mencaci, bakhil dan malas.


Ermmm....terlalu banyak sebenarnya untuk disenaraikan.


Dengan itu, kenangilah perjuangan Rasulullah s.a.w dalam usaha menyampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan.

Buktikan kasih kita kepada Baginda s.a.w bukan sekadar ucapan yang hanya indah di bibir. Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.



Moga kita semua peroleh syafaat Baginda s.a.w di akhirat kelak, Amin...


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan