...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Isnin, 31 Oktober 2011

Ruqyah Syar'iyyah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah Al-Isra': 82)

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." 
(Surah Asy-Syu'ara':80)


Pengertian Ruqyah

Ruqyah Syar'iyyah

Ruqyah Syar'iyyah ialah sebuah terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasulullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya, yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin, kerasukan, pengaruh  sihir, gangguan kejiwaan, berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu gangguan penyakit tersebut.

Ruqyah Syirkiyyah

Ruqyah Syirkiyyah adalah mantera, jampi serapah atau doa-doa yang mengandungi unsur-unsur kemusyrikan dan diharamkan oleh syariat. Ruqyah Syirkiyyah ini pastinya akan mengundang jin dan syaitan sebagai pembantu. Orang yang melakukannya akan mendapat laknat Allah serta dijauhkan daripada-Nya. Kebiasaannya orang yang mengamalkan cara rawatan ini adalah bomoh atau dukun.

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang pun sebelum mengatakan: 'Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagi mu), sebab itu janganlah kamu kafir'. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui." (Al-Baqarah: 102)


Memperkenalkan dan mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang rawatan Qurani yang diamalkan Rasulullah SAW, para sahabat dan umat Islam umumnya dalam merawat penyakit rohani dan jasmani serta dari gangguan jin dan syaitan.

Ada beberapa perkara yang melandasi kita semua untuk membahaskan tentang Ruqyah Syar'iyyah dalam keadaan masyarakat kita sekarang ini.

Di antaranya ialah:
  • Menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW dalam urusan penjagaan dan perlindungan diri serta rawatan untuk penyakit rohani mahupun jasmani dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, zikir dan doa yang terdapat dalam hadis yang sahih dan hasan.
  • Kurangnya benteng pertahanan diri yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam dengan wirid-wirid syarie sehingga ramai umat Islam yang terkena pengaruh buruk pandangan mata kedengkian manusia dan jin malah ramai yang menjadi mangsa kejahatan dunia sihir, perdukunan dan perbomohan yang mendatangkan syirik.
  • Hebat dan dahsyat campur tangan jin dalam kehidupan manusia.
  • Ruqyah Syar'iyyah adalah sarana dakwah yang sangat efektif untuk menyelamatkan akidah masyarakat dari bahaya kesesatan dan kesyirikan yang disebabkan oleh berkembangnya dunia perbomohan di tengah masyarakat apa lagi hal ini di dokong oleh kebebasan media massa untuk memperomosikannya secara besar-besaran.
  • Ruqyah Syar'iyyah merupakan sarana yang efektif dalam penjagaan dan peningkatan keadaan rohani dan keimanan khususnya bagi aktivis dakwah Islam.

Gejala Gangguan Jin dan Kesannya Pada Manusia

Gambar Hiasan
A. Gejala pada waktu tidur:
  • Susah untuk tidur pada waktu malam atau tidak dapat tidur kecuali setelah jangka masa yang lama.
  • Susah tidur atau terlebih tidur sehingga tidak dapat melakukan ibadah-ibadah yang diinginkan.
  • Cemas dan sering terjaga pada waktu malam.
  • Mimpi ngeri (berasap atau berkabus) iaitu mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu ingin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
  • Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala dan tikus.
  • Ketawa, menangis atau berteriak ketika tidur.
  • Merintih pada waktu tidur dan berdengkur dengan kuat.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi dan sebagainya.

B. Gejala pada waktu sedar:
  • Sering was-was dan ketakutan.
  • Suka marah-marah.
  • Dorongan kuat untuk melakukan maksiat.
  • Lesu dan malas sekali untuk melakukan ibadah.
  • Suka berkhayal, fikiran bercelaru dan tidak menentu.
  • Selalu pening yang tidak disebabkan oleh keuda-dua mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong dan perut.
  • Histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
  • Rasa sakit pada salah satu daripada anggota badan yang tidak dapat dikesan melalui perubatan moden.

C. Jenis-jenis gangguan jin:
  • Gangguan keseluruhan iaitu jin mengganggu keseluruhan tubuh badan seperti orang yang mengalami histeria atau tersumbat saraf anggota badan.
  • Gangguan sektoral atau bahagian tertentu iaitu jin memegang atau mengganggu salah satu anggota badan seperti tangan, kaki, lidah, lutut dan sebagainya.
  • Gangguan berpanjangan atau gangguan iaitu jin terus berada di dalam jasad untuk waktu yang lama.
  • Gangguan sementara iaitu tidak lebih dari beberapa minit seperti mimpi buruk.

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan al-Quran pada telinganya, si jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh pesakit itu akan berasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbullah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram sejuk
- berdebar-debar


Doa dan Zikir dari Rasulullah SAW

"Dengan nama Allah yang kerana bersama namaNya, tiada suatu apapun dilangit atau dibumi mampu mendatangkan bahaya, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa saja yang diciptakanNya."


"Ya Allah, Penguasa seluruh manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah. Dan Engkaulah yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu, kesembuhan tanpa meninggalkan rasa sakit."


"Dengan nama Allah, aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku hadapi dan aku hindari."


"Ya Allah, sihatkanlah badanku. Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku."


Amalan Harian Selepas Rawatan

Untuk menangkis gangguan daripada berulang, para pesakit hendaklah mengamalkan ibadah harian seperti berikut: 
  1. Bersolat lima waktu tepat pada masa. (Digalakkan berjemaah)
  2. Sentiasa membaca al-Quran.
  3. Sentiasa dalam keadaan berwudhu'.
  4. Wajib menutupi aurat.
  5. Sentiasa membaca basmallah dalam semua perkara.
  6. Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa perlindungan dari Rasulullah SAW seperti di atas.
  7. Mematikan dan membuang semua azimat, minyak, tangkal dan wafak jika masih menyimpannya. 
  8. Mengamalkan ayat Kursi setiap selepas solat fardhu dan sebelum tidur.
  9. Memasang audio bacaan al-Quran di rumah.
  10. Ucapkan selepas solat subuh sebanyak 100 kali.
"Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas sesuatu."


Urutan Ayat-Ayat Ruqyah (No; Nama Surah; Juzuk; Ayat)

Al Ruqyah Al Shariah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

1 Al-Fatihah 1: Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1: 1-5
3 Al-Baqarah 1: 102
4 Al-Baqarah 2: 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3: 255
6 Al-Baqarah 3: 285-286
7 Ali-Imran 3: 18-19
8 Al-‘Araf 8: 54-56
9 Al-‘Araf 9: 117-122
10 Yunus 11: 81-82
11 Toha 16: 69
12 Al-Mukminun 18: 115-118
13 As-Soffaat 23: 1-10
14 Al-Ahqaaf 26: 29-32
15 Ar-Rahman 27: 33-36
16 Al-Hasyr 28: 21-24
17 Al-Jin 29: 1-9
18 Al-Ikhlas 30: Seluruhnya
19 Al-Falaq 30: Seluruhnya
20 An-Naas 30: Seluruhnya


Sesungguhnya kesembuhan itu datang dari Allah, maka itu mintalah kepadaNya dengan cara mengamalkan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang. Jika diri anda sendiri tidak melakukannya, maka kesembuhan itu takkan sampai jika tiada ikhtiar, yakin serta tawakal pada Allah.

"Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka didahului baginya hukuman di dunia (berupa musibah dan kesusahan agar terhapus dosa-dosanya) dan apabila Dia menghendaki keburukan pada hamba-Nya, maka Dia akan menahan darinya (membiarkannnya) dengan dosa-dosanya sehingga dosa-dosanya dibalas pada hari Kiamat." 
(Hadis Riwayat Tirmizi)



والله أعلمُ بالـصـواب

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Syukran jaziilan saudari atas perkongsian ni. Mohon izin untuk gunakan untuk sembuhkan diri. Terima kasih banyak sangat. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati saudari sentiasa. Assalamualaikum

    BalasPadam
  2. Amalan Penyembuh Sakit Gigi Berupa Video Doa Sakit Gigi Atau Quran Sakit Gigi
    Doa Sakit Gigi Atau Quran Sakit Gigi Diamalkan Dan Dilihat Oleh Lebih Dari
    110K (110000) Orang
    Doa Sakit Gigi Atau Quran Sakit Gigi Sudah Dilihat Lebih Dari 110K (110000) Orang
    Mengamalkannya Doa Sakit Gigi Atau Quran Sakit Gigi Sudah Terbukti Manjur Dan Ampuh
    Link Berikut Ini Untuk Tahu Cara Pengamalannya Doa Sakit Gigi Atau Quran Sakit Gigi
    https://s.id/sgigi

    BalasPadam