Pelik bin hairan??? Ramai yang kata kita sekarang hampir pada kiamat. Sekarang dah banyak terjadinya gempa bumi, ribut taufan, banjir, tsunami dan paras air laut semakin naik akibat berlakunya pencairan ais dikutub utara. Semua orang tahu dan sedar kata dunia nak kiamat!
Alhamdulillah kita mengaku dan percaya kiamat itu pasti berlaku tetapi tidak diketahui bila ia terjadi kecuali Allah yang mengetahui segalanya. Ia adalah rahsia Allah dimana semua makhlukNya baik manusia mahupun malaikat sekalipun tidak tahu tarikh berlakunya kiamat. Sedangkan malaikat yang ditugaskan meniup sangkakala sudah lama bersiap sedia pun tidak mengetahui bilanya kiamat. Kerana rasa cinta dan kasihnya Allah pada makhlukNya maka Allah memberi klu atau tanda-tanda hampirnya hari kiamat supaya kita tidak leka, lalai dan tersasar dari jalan yang benar. Agar kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.
Seandainya kita tahu bila tarikh kiamat pasti kita sekarang sibuk memperbanyakkan amalan. Solat waktu tak tinggal...wahhh setiap hari, solat penuh. Alhamdulillah....semua jadi ‘budak’ baik kan..kan??? Emmm...kuranglah sikit keje malaikat yang mencatit kejahatan. Sebab semua jadi baik. Manakala masa itu diibaratkan emas sangat-sangat berharga dan tak pandang dunia lagi dah. Yang ada kat dalam otak ni akhirat...akhirat...akhirat...good..good kalu sume berfikiran camtu yer!!!
Cume saya sedikit rasa terkilan dengan beberapa orang rakan saya. Mereka ni memang cantik, fashionable dan Allah anugerahkan kelebihan iaitu kepintaran dan kesenangan. Tapi sayang tak tutup aurat dan tidak melakukan solat. Saya teringat pada sebuah hadis yang diceritakan seorang rakan FB. Katanya, jika kita didunia tidak menutup aurat (menutup kepala) maka di Akhirat nanti Allah pakaikan tudung diperbuat api neraka untuk menutupkan kepala kita. Nauzubillah...takutnya aku merasai seksaan nerakaMu ya Allah. Tetapi barangsiapa perempuan yang menutup auratnya semasa di dunia. Di Akhirat nanti dia tidak perlu menutup kepalanya...SubhanaAllah...
Ingin sekali hati ini hendak memberi teguran dan nasihat tetapi saya tidak mampu kerana saya belum cukup kuat lagi untuk berdakwah. Sebabnya mereka ini orang yang bijak bercakap mereka akan berkata itu dan ini. Pernah sekali saya menegur dan mereka menjawab mereka tahu hukum hakam agama. Mereka masih tahu bezakan halal dan haram, pahala dan dosa, waras dan tak waras. Astaghfirullah saya beri teguran bukan nak tunjuk saya ni pandai wallahi tak ada niat pun...saya seperti mereka juga masih jahil. Dan atas kejahilan itu saya sentiasa memperbaiki diri ini agar menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah...sentiasa belajar dan mencari ilmu Allah. Kerana ilmu Allah tidak pernah habis untuk kita kejari. Setiap apa yang saya pelajari hari ini akan saya kongsi bersama rakan-rakan yang lain tetapi mereka berfikiran sebaliknya. Kerana rasa cinta, kasih dan sayang pada mereka. Bimbang mereka tersasar jauh dari jalan Allah dan tidak mahu mereka termasuk golongan penghuni neraka. Saya guna kaedah yang cukup mudah dimana saya menggunakan facebook sebagai jalan dakwah. Tiapkali update post atau notes, saya akan tagkan di wall mereka. Alhamdulillah mereka memberi respon walaupun beranggapan teguran saya itu satu gurauan tapi tak apa, saya tak pernah putus asa mahupun tersinggung. Moga Allah beri hidayah dan petunjuk kepada mereka, Amin...
Pada 16hb Mac 2011, seorang rakan sekerja saya telah kembali ke rahmatullah. Allahyarhamah berusia 25 tahun dan baru je selepas 35 hari melahirkan anak bongsunya. Alhamdulillah dapat baby boy yang sebelum ni dapat 2 anak perempuan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Pagi 16hb Mac seperti biasa, menjalani rutin harian kerja dipejabat. Seorang rakan sekerja terima panggilan daripada seseorang mengatakan dia meninggal dunia dalam tidur selepas subuh. Ya Allah tergamam saya seketika senang dan mudahnya dia pergi. Setahu saya, Allahyarhamah tidak menghidap sebarang penyakit pun. Itulah janji Allah ajal maut itu ditangan Tuhan. Dan mati itu pasti berlaku dan kita semua akan merasainya.
Selepas waktu pejabat jam 5.30 petang, saya terus ke rumah Allahyarhamah yang terletak tidak jauh dari tempat kerja. Suasana suram dan sedih kelihatan beberapa orang lelaki sibuk membersihkan kawasan laman rumah. Saya bertanya pada seorang lelaki rasanya mungkin suami Allahyarhamah.
“Assalammualaikum. Ini rumah Zurina ke?”
“Waalaikumussalam. Iya ini rumah Zurina. Emm jemputlah masuk..”
“Terima kasih...” Sebaik saya melangkah masuk ke rumah, saya lihat ibu Allahyarhamah sedang meriba bayinya sambil menangis. Ketika itu ibu tua tersebut sedang melayani dua orang tetamu yang datang berziarah. Saya terus menghulurkan tangan bersalaman.
“Makcik, saya kawan sekerja Zurina”
“Ooo...jemputlah duduk”
Ya Allah tersentuhnya rasa hati ini apabila melihat bayi Allahyarhamah tidur lena diulit neneknya. Dia tidak mengerti dalam usianya 35 hari ibunya telah pergi meninggalkannya. Benarlah! kalau Allah nak ambil balik nyawa kita sekelip mata je berlaku. Semua urusan di dunia baik keluarga, harta benda, kerjaya semuanya akan kita tinggalkan. Ajal itu datang tidak lewat dan tidak cepat. Ya Allah hambaMu ini takut untuk menghadapinya tapi hambaMu ini pasti akan merasainya jua tapi tidak tahu bila? Dimana? Lama ke? Atau masa terdekat ini ke? Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Mengetahui. Sebab itu kita dari kecil lagi malah di Pra-sekolah lagi kita sudah diajar bahawa solat itu wajib. Dan jika kita tinggalkan berdosa hukumnya jawabnya nerakalah tempat kita...Nauzubillahiminzalik...
"Ya Allah aku takut masuk ke nerakaMu ya Allah tapi aku tidak layak masuk ke SyurgaMu ya Allah... Engkau tetapkanlah hati ini agar sentiasa berdiri teguh dijalanMu ya Allah. Tetapkanlah imanku ini jangan sekali-kali hati ini berpaling dariMu ya Allah..."
Lebih kurang 20 minit saya luangkan masa bersama keluarga Allahyarhamah lagipun masa tu saya belum solat Asar lagi so saya tak boleh duduk lama-lama. Selepas bersalaman saya sempat memberi ciuman kasih sayang kepada bayi Allahyarhamah dan berkata dalam hati...
"Bismillahirrahmanirrahim, Semoga jadi anak yang soleh menjadi khalifah dibumi Allah yang berjaya di dunia dan akhirat, Amin..."
Namun airmata saya tumpah akhirnya kerana tidak dapat menahan kesedihan apatah lagi melihat raut wajah seorang ibu tua yang baru kehilangan anak perempuannya. Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarhamah dan ditempatkan ke dalam syurga bersama orang-orang yang beriman, Amin. Dan saya maafkan segala dosanya pada saya secara sengaja atau tidak sengaja dan saya halalkan makan minum dia.
Sepanjang dia bekerja dibawah pengawasan saya, Allahyarhamah seorang yang rajin, suka mempelajari sesuatu yang baru, menghormati saya sebagai senior dia. Perubahan diri dan nekad dia yang tidak akan saya lupakan, ketika Allah bukakan hati dia menutup aurat (bertudung). Alhamdulillah manis dan cantik orangnya bila bertudung. Memori bersama Allahyarhamah tidak akan saya lupakan...I love you and I will miss you, my dear...Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zurina bt Ismail.
Kesimpulannya, hidup ini seperti sebuah pelayaran. Jika kita pandai mengemudinya insyaAllah kita akan selamat menempuh segala rintangan iaitu berpegang pada hadis dan Al-Quran dan mengamalkan sunnah Nabi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Sentiasa ingat pada Allah ketika sedih mahupun gembira. Dan redha dengan takdir yang telah Allah tentukan untuk kita. Jika kita karam ditengah lautan bererti kita telah membelakangkan Allah kita lupa pada Allah. Kita leka dan lalai dengan duniawi yang hanya bersifat sementara. Ketahuilah perjalanan hidup ini terlalu singkat perbanyakkanlah amalan untuk bekalan kita di Akhirat nanti iaitu persinggahan kita terakhir itulah tempat kita yang kekal abadi... A K H I R A T
Ingatlah mati itu sentiasa mengekori kita walau kemana kita pergi sekalipun. Bila Malaikat Maut menjemput kita, kita dah tak boleh nak kata "Aku belum bersedia lagi nak mati...aku nak taubat dulu lepas ni kamu bolehlah cabut nyawa aku ea" ahakss jikalau boleh kita berkata demikian pada Malaikat Maut ataupun apabila Malaikat Peniup Sangkakala hendak menjalankan tugasnya yang Allah perintahkan bila menjelangnya hari Kiamat, "Boleh postponed kan tak?? Kamu cakaplah kat Allah kitorang belum bersedia lagi.Tolong postponed kan ea!" haisss boleh ke buat camtu???
Ingatlah sahabat sekalian, taubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya kerana Allah itu Pengasih, Penyayang dan Pengampun walau sejahat mana kita sekalipun Allah tetap menyayangi kita. Mudah je caranya dengan melakukan solat yang Allah wajibkan ke atas kita. Kerana solat itu mendidik kita menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah, menjaga tingkahlaku kita, menjauhi kita dari perkara mungkar dan nangkir malah mempertingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah Ta'ala. Dan ketika mendirikan solat, cuba bayangkan sekiranya itulah adalah solat kita terakhir yang kita lakukan. Solatlah dengan khusyuk...mengadu dan merintihlah pada Allah agar Dia mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini secara sengaja atau tidak disengajakan...secara kita sedari atau tidak kita sedari. Yakinlah Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang ikhlas.
Saya akhiri artikel saya disini, kebaikan itu datangnya dari Allah dan keburukan itu datang kerana diri kita sendiri. Begitu juga dengan takdir. Takdir yang baik datangnya dari Allah, makanya kita harus bersyukur tetapi kalau takdirnya buruk kita tidak boleh menyalahkan Allah kerana keburukan itu disebabkan oleh diri kita sendiri. Sama-samalah kita memperbaiki diri, jaga solat dan tingkatkanlah iman dalam diri kita. Semoga Allah terima segala amalan baik yang telah kita lakukan pada hari ini dan hari seterusnya, insyaAllah.
Renungilah kata-kata ini...
Sembahyanglah kamu dibelakang Imam sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan