...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Sabtu, 19 Mac 2011

Sembahyanglah kamu dibelakang Imam sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam

Pelik bin hairan??? Ramai yang kata kita sekarang hampir pada kiamat. Sekarang dah banyak terjadinya gempa bumi, ribut taufan, banjir, tsunami dan paras air laut semakin naik akibat berlakunya pencairan ais dikutub utara. Semua orang tahu dan sedar kata dunia nak kiamat!

Alhamdulillah kita mengaku dan percaya kiamat itu pasti berlaku tetapi  tidak diketahui bila ia terjadi kecuali Allah yang mengetahui segalanya. Ia adalah rahsia Allah dimana semua makhlukNya baik manusia mahupun malaikat sekalipun tidak tahu tarikh berlakunya kiamat. Sedangkan malaikat yang ditugaskan meniup sangkakala sudah lama bersiap sedia pun tidak mengetahui bilanya kiamat. Kerana rasa cinta dan kasihnya Allah pada makhlukNya maka Allah memberi klu atau tanda-tanda hampirnya hari kiamat supaya kita tidak leka, lalai dan tersasar dari jalan yang benar. Agar kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

Seandainya kita tahu bila tarikh kiamat pasti kita sekarang sibuk memperbanyakkan amalan. Solat waktu tak tinggal...wahhh setiap hari, solat penuh. Alhamdulillah....semua jadi ‘budak’ baik kan..kan??? Emmm...kuranglah sikit keje malaikat yang mencatit kejahatan. Sebab semua jadi baik. Manakala masa itu diibaratkan emas sangat-sangat berharga dan tak pandang dunia lagi dah. Yang ada kat dalam otak ni akhirat...akhirat...akhirat...good..good kalu sume berfikiran camtu yer!!!

Cume saya sedikit rasa terkilan dengan beberapa orang rakan saya. Mereka ni memang cantik, fashionable dan Allah anugerahkan kelebihan iaitu kepintaran dan kesenangan. Tapi sayang tak tutup aurat dan tidak melakukan solat. Saya teringat pada sebuah hadis yang diceritakan seorang rakan FB. Katanya, jika kita didunia tidak menutup aurat (menutup kepala) maka di Akhirat nanti Allah pakaikan tudung diperbuat api neraka untuk menutupkan kepala kita. Nauzubillah...takutnya aku merasai seksaan nerakaMu ya Allah. Tetapi barangsiapa perempuan yang menutup auratnya semasa di dunia. Di Akhirat nanti dia tidak perlu menutup kepalanya...SubhanaAllah...

Ingin sekali hati ini hendak memberi teguran dan nasihat tetapi saya tidak mampu kerana saya belum cukup kuat lagi untuk berdakwah. Sebabnya mereka ini orang yang bijak bercakap mereka akan berkata itu dan ini. Pernah sekali saya menegur dan mereka menjawab mereka tahu hukum hakam agama. Mereka masih tahu bezakan halal dan haram, pahala dan dosa, waras dan tak waras. Astaghfirullah saya beri teguran bukan nak tunjuk saya ni pandai wallahi tak ada niat pun...saya seperti mereka juga masih jahil. Dan atas kejahilan itu saya sentiasa memperbaiki diri ini agar menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah...sentiasa belajar dan mencari ilmu Allah. Kerana ilmu Allah tidak pernah habis untuk kita kejari. Setiap apa yang saya pelajari hari ini akan saya kongsi bersama rakan-rakan yang lain tetapi mereka berfikiran sebaliknya.  Kerana rasa cinta, kasih dan sayang pada mereka. Bimbang mereka tersasar jauh dari jalan Allah dan tidak mahu mereka termasuk golongan penghuni neraka. Saya guna kaedah yang cukup mudah dimana saya menggunakan facebook sebagai jalan dakwah. Tiapkali update post atau notes, saya akan tagkan di wall mereka. Alhamdulillah mereka memberi respon walaupun beranggapan teguran saya itu satu gurauan tapi tak apa, saya tak pernah putus asa mahupun tersinggung. Moga Allah beri hidayah dan petunjuk kepada mereka, Amin...

Pada 16hb Mac 2011, seorang rakan sekerja saya telah kembali ke rahmatullah. Allahyarhamah berusia 25 tahun dan baru je selepas 35 hari melahirkan anak bongsunya. Alhamdulillah dapat baby boy yang sebelum ni dapat 2 anak perempuan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Pagi 16hb Mac seperti biasa, menjalani rutin harian kerja dipejabat. Seorang rakan sekerja terima panggilan daripada seseorang mengatakan dia meninggal dunia dalam tidur selepas subuh. Ya Allah tergamam saya seketika senang dan mudahnya dia pergi. Setahu saya, Allahyarhamah tidak menghidap sebarang penyakit pun. Itulah janji Allah ajal maut itu ditangan Tuhan. Dan mati itu pasti berlaku dan kita semua akan merasainya.

Selepas waktu pejabat jam 5.30 petang, saya terus ke rumah Allahyarhamah yang terletak tidak jauh dari tempat kerja. Suasana suram dan sedih kelihatan beberapa orang lelaki sibuk membersihkan kawasan laman rumah. Saya bertanya pada seorang lelaki rasanya mungkin suami Allahyarhamah.

“Assalammualaikum. Ini rumah Zurina ke?”

“Waalaikumussalam. Iya ini rumah Zurina. Emm jemputlah masuk..”

“Terima kasih...” Sebaik saya melangkah masuk ke rumah, saya lihat ibu Allahyarhamah sedang meriba bayinya sambil menangis. Ketika itu ibu tua tersebut sedang melayani dua orang tetamu yang datang berziarah. Saya terus menghulurkan tangan bersalaman.

“Makcik, saya kawan sekerja Zurina”

“Ooo...jemputlah duduk”

Ya Allah tersentuhnya rasa hati ini apabila melihat bayi Allahyarhamah tidur lena diulit neneknya. Dia tidak mengerti dalam usianya 35 hari ibunya telah pergi meninggalkannya. Benarlah! kalau Allah nak ambil balik nyawa kita sekelip mata je berlaku. Semua urusan di dunia baik keluarga, harta benda, kerjaya semuanya akan kita tinggalkan. Ajal itu datang tidak lewat dan tidak cepat. Ya Allah hambaMu ini takut untuk menghadapinya tapi hambaMu ini pasti akan merasainya jua tapi tidak tahu bila? Dimana? Lama ke? Atau masa terdekat ini ke? Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Mengetahui. Sebab itu kita dari kecil lagi malah di Pra-sekolah lagi kita sudah diajar bahawa solat itu wajib. Dan jika kita tinggalkan berdosa hukumnya jawabnya nerakalah tempat kita...Nauzubillahiminzalik...
"Ya Allah aku takut masuk ke nerakaMu ya Allah tapi aku tidak layak masuk ke SyurgaMu ya Allah... Engkau tetapkanlah hati ini agar sentiasa berdiri teguh dijalanMu ya Allah. Tetapkanlah imanku ini jangan sekali-kali hati ini berpaling dariMu ya Allah..."
Lebih kurang 20 minit saya luangkan masa bersama keluarga Allahyarhamah lagipun masa tu saya belum solat Asar lagi so saya tak boleh duduk lama-lama. Selepas bersalaman saya sempat memberi ciuman kasih sayang kepada bayi Allahyarhamah dan berkata dalam hati...
"Bismillahirrahmanirrahim, Semoga jadi anak yang soleh menjadi khalifah dibumi Allah yang berjaya di dunia dan akhirat, Amin..."
Namun airmata saya tumpah akhirnya kerana tidak dapat menahan kesedihan apatah lagi melihat raut wajah seorang ibu tua yang baru kehilangan anak perempuannya. Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarhamah dan ditempatkan ke dalam syurga bersama orang-orang yang beriman, Amin. Dan saya maafkan segala dosanya pada saya secara sengaja atau tidak sengaja dan saya halalkan makan minum dia. 

Sepanjang dia bekerja dibawah pengawasan saya, Allahyarhamah seorang yang rajin, suka mempelajari sesuatu yang baru, menghormati saya sebagai senior dia. Perubahan diri dan nekad dia yang tidak akan saya lupakan, ketika Allah bukakan hati dia menutup aurat (bertudung). Alhamdulillah manis dan cantik orangnya bila bertudung. Memori bersama Allahyarhamah tidak akan saya lupakan...I love you and I will miss you, my dear...Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zurina bt Ismail.


Kesimpulannya, hidup ini seperti sebuah pelayaran. Jika kita pandai mengemudinya insyaAllah kita akan selamat menempuh segala rintangan iaitu berpegang pada hadis dan Al-Quran dan mengamalkan sunnah Nabi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Sentiasa ingat pada Allah ketika sedih mahupun gembira. Dan redha dengan takdir yang telah Allah tentukan untuk kita. Jika kita karam ditengah lautan bererti kita telah membelakangkan Allah kita lupa pada Allah. Kita leka dan lalai dengan duniawi yang hanya bersifat sementara. Ketahuilah perjalanan hidup ini terlalu singkat perbanyakkanlah amalan untuk bekalan kita di Akhirat nanti iaitu persinggahan kita terakhir itulah tempat kita yang kekal abadi... A K H I R A T

Ingatlah mati itu sentiasa mengekori kita walau kemana kita pergi sekalipun. Bila Malaikat Maut menjemput kita, kita dah tak boleh nak kata "Aku belum bersedia lagi nak mati...aku nak taubat dulu lepas ni kamu bolehlah cabut nyawa aku ea" ahakss jikalau boleh kita berkata demikian pada Malaikat Maut ataupun apabila Malaikat Peniup Sangkakala hendak menjalankan tugasnya yang Allah perintahkan bila menjelangnya hari Kiamat, "Boleh postponed kan tak?? Kamu cakaplah kat Allah kitorang belum bersedia lagi.Tolong postponed kan ea!" haisss boleh ke buat camtu??? 

Ingatlah sahabat sekalian, taubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya kerana Allah itu Pengasih, Penyayang dan Pengampun walau sejahat mana kita sekalipun Allah tetap menyayangi kita. Mudah je caranya dengan melakukan solat yang Allah wajibkan ke atas kita. Kerana solat itu mendidik kita menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah, menjaga tingkahlaku kita, menjauhi kita dari perkara mungkar dan nangkir malah mempertingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah Ta'ala. Dan ketika mendirikan solat, cuba bayangkan sekiranya itulah adalah solat kita terakhir yang kita lakukan. Solatlah dengan khusyuk...mengadu dan merintihlah pada Allah agar Dia mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini secara sengaja atau tidak disengajakan...secara kita sedari atau tidak kita sedari. Yakinlah Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang ikhlas.

Saya akhiri artikel saya disini, kebaikan itu datangnya dari Allah dan keburukan itu datang kerana diri kita sendiri. Begitu juga dengan takdir. Takdir yang baik datangnya dari Allah, makanya kita harus bersyukur tetapi kalau takdirnya buruk kita tidak boleh menyalahkan Allah kerana keburukan itu disebabkan oleh diri kita sendiri. Sama-samalah kita memperbaiki diri, jaga solat dan tingkatkanlah iman dalam diri kita. Semoga Allah terima segala amalan baik yang telah kita lakukan pada hari ini dan hari seterusnya, insyaAllah. 

Renungilah kata-kata ini...
Sembahyanglah kamu dibelakang Imam sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam...

Isnin, 7 Mac 2011

Kisah Riwayat hidup Anas Bin Malik

Adakah anda kenal Sahabat Rasulullah ini?
Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini? Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan Anas bin Malik semasa zaman rasullullah. Ada kajian dan pengiraan yang menyatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.
Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Anas bin Malik adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah.
Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan Baginda Rasulullah?
Kisahnya begini…
Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota makkah. Seperti menunggu sesuatu cahaya dan berharap cahaya ini segera datang dan muncul. Ada rasa cemas dipancaran mata setiap mereka. Ada rasa yang hendak membuncah. Rasa yang tak dapat diterka. Berbahagia atau sebaliknya.
Sesaat kemudian. Tiba-tiba semua orang melompat kegirangan,tua, muda dan anak anak. Semua bergembira. Ditengah mereka seorang ibu bergegas membawa putra ingusannya menuju kerumunan orang banyak. Semua berlomba dan berlari agar mendapat tempat dimana mereka dapat melihat sosok itu sepuas-puasnya. Tak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan yang lain agar mendapat tempat didepan.
Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah yang mulia. Ummu Sulaym yang hidup miskin ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah buat Rasulullah tercinta. Lantas Anas bin Malik mendatangi kediaman rasulullah saw dengan membawa putera yang satu-satunya. “wahai rsulullah ,,,Tidak ada di madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa mengkhidmah engkau” ucap Ummu Sulaym berlinang bahagia. Rasulullah saw tersenyum bahagia dan mengusap kepala Anas kecil dan memeluknya.
Semenjak itu Anas kecil senantiasa bersama Rasulullah saw setiap masa di mana jua. Dan Anas bin Malik hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini Anas bin Malik berumur 10 tahun dan apabila Baginda rasullullah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun Anas bin Malik mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila Anas bin Malik sendiri mengekori rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi.
Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik
Berdasarkan pengalaman Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Berikut penuturan Anas:
Anas bin Malik berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sadar, ada seorang berdiri memperhatikan di belakangku dan memegang pundakku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu berkata, ‘Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku?’ Aku pun bingung dan berkata, ‘Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!’ Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, ‘mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?’”.
Unais bermaksud Anas kecil yang diberikan oleh rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini bukan setakat penyakit keturunan adalah “genetik” yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi jua adalah salah satu permasalah genetik yang paling sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang lalui sendiri, dalam kehidupan kita lihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini adalah ia dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani. Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadith.
Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaym yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menyatakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaym. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk dan bersama dengan orang yang hebat. Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaym ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talha yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Yang jelas kita nampak pada kekuatan iman Ummu Sulaym apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.
Kehidupan Anas selepas wafatnya rasullullah
Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara orang yang sangat sedih. Menjadi pembantu persendirian kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah menjadi ambassador umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umurnya, dan hidupnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai banyak zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah. 

Sabtu, 5 Mac 2011

Belajar Untuk Menerima Kenyataan

Untuk memulakan bicara hati saya pada hari ini saya dahulukan bacaan Bismillah... Sejak akhir-akhir ini saya dibelenggu perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Malam semalam saya dapat berita yang sangat mengecewakan saya walau pada mulanya saya dan 'pakcik' meminta perkara ini tidak akan terjadi dan berharap keajaiban berlaku atas izin-Nya. Ternyata ia tidak memihak kepada kami kerana Allah dah tentukan nasib kita begitu dan begini. Kita sebagai hambaNya hanya mampu menuruti kehendakNya dan menerima seadanya, insyaAllah.

Betullah kata orang, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya. Kita tidak boleh nak melawan qada' dan qadar Allah yang sudah tertulis diloh mahfuz pada setiap manusia. Setelah mendengar kata nasihat daripada 'pakcik', saya harus belajar menerima kenyataan walau pada mulanya agak sukar untuk saya menerima kenyataan ini. Pada mulanya, sebaik mendengar berita ini saya terus minta izin menghentikan perbualan telefon kami atas sebab hilang mood. Kata-kata akhir sebelum mengakhiri perbualan hanya memberi salam tiada lagi 'magic word'. Sebaik meletak telefon saya terus menangis, saya menyalahkan takdir. 'Kenapa ia berlaku pada aku? Kenapa Allah tak permudahkan urusan aku dan dia??? Kenapa harus ada halangan??? Kenapa ya Allahhhhhhh???' Saya seperti tidak boleh menerimanya. Mungkin 'pakcik' faham dan akur dengan perasaan yang saya alami sekarang. Dia menghantar pesanan melalui sms. Katanya:

"Bukan apa yang awk nak Allah tidak kasi...cume awk je tak nampak anugerah Allah kat hambaNya. Baru Tuhan duga kita yang kecik pun kita tak terima...macam mana nak hadapi yang lebih besar akan datang...awk ingat ada orang yang lebih derita dari kita tapi mereka bersyukur..."
"Ok...awk doa dah betul...tapi awk rasa doa awk itu diterima Allah tak kalau awk still lagi lewat solat, time solat asyik ingat benda lain...perasaan dengki kat orang masih ada..awk pernah terfikir semua tu tak? Ingat awk...nak jadi Islam mudah tapi nak jadi seorang muslimah yang solehah banyak rintangannya..."


Setelah membaca smsnya saya seperti dikejutkan dari mimpi lena. Astaghfirullah berdosanya saya kerana menyalahkan dan bersangka buruk pada Tuhan. Itulah manusia bila ditimpa musibah samada kecik atau besar kita cepat dan mudah melenting. Kita akan kata Allah itu tidak adil, tidak sayang pada kita. Bukankah berkata demikian sudah dikira derhaka pada Allah. Kerana kita marah padaNya...marah kerana apa yang kita hajati tidak tercapai. Tahukah Allah menguji hambaNya kerana menguji keimanan seseorang. Allah turunkan musibah pada kita tandanya Dia sayang dan kasih pada kita supaya kita selalu mengingatiNya baik dikala susah atau senang...disaat kita bergembira atau kita berduka. Allah tetap menemani kita setiap masa. Berbeza dengan orang yang disekeliling kita mahupun ayah dan ibu kita. Mereka tidak boleh menemani kita sepanjang masa kecuali Allah.

Sebaik bangun dari tidur, Alhamdulillah atas izinNya kita masih bernafas dimukabumiNya ini. Melontar  pandangan diluar jendela, Subhanallah indahnya alam ciptaan Allah terdengar kicauan burung sungguh mengasyikkan berzikir pada Ilahi tidak pernah rasa jemu memuji-muji Sang Penciptanya. Saya mendongak ke langit, kelihatan matahari memancarkan cahayanya menerangi segenap bumi tanda setianya taat dan patuh kepada Penciptanya. Awan biru berarak didada langit menandakan cuaca hari ini cerah tanda kebesaran Allah yang Berkuasa atas segala makhluk ciptaanNya.

Syukurillah walhamdulillah saya dah boleh terima takdir ini setelah sepanjang malam saya bertanya pada diri dan merenung kembali nasihat 'pakcik' ditujukan untuk saya supaya berfikir sejenak. Memang betul mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Sepatutnya kita bersyukur dan redha walau kita tak tahu apa yang bakal Allah anugerahkan kepada kita seterusnya. Sejauhmana cinta dan sayang kita pada dia hanya doa yang terbaik untuk tersayang. Pesan dia:
"Saya pernah cite kan macam mana Ustaz H sabar dan redha dengan pembedahan dia...dan akhirnya dia dapat manis dipenghujung dengan berkat sakit dia dapat sambung master dan ke Syiria...awk kena redha dan sabar...adalah nanti Tuhan nak kasi tu..."
Haah betul kata 'pakcik' Allah sayang pada orang yang selalu sabar dan redha bila dia ditimpa sesuatu musibah. Mungkin saya tak sehebat atau selayak Ustaz H. Sebagai manusia biasa yang belajar dari kesilapan saya harus mencontohi sebagaimana Ustaz H lalui iaitu SABAR dan REDHA, insyaAllah saya boleh buat 'pakcik'! Semoga 'pakcik' saya selamat sampai ke bumi Mesir pada 16hb Mac ini dan dipermudahkan Allah segala urusan dunia dan akhirat, ameen.

Mungkin 'pakcik' rasa senang hati dan tenang selepas membaca pesanan yang saya kirimkan. Kata 'pakcik':

"Selamat petang tuan puteri. Apa kabar? terima kasih message semalam sebab awk faham keadaan saya..."

Iya, saya redha dan izinkan dia pergi semula ke bumi Mesir biarpun hakikatnya berat hati ini untuk melepaskan dia pergi walau terkilan rasa hati ini kerana tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Namun saya harus terima hakikat. Selalu tanamkan sifat positif dalam diri dan sentiasa bersangka baik kepadaNya kerana Allah mahukan yang terbaik buat hambaNya dan Dia Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.

Ketika ditimpa musibah ucapkanlah Innalillahi wainna ilaihiraji'un. Allahumma' jurni fi musibati wa akhlifli khairan minha l Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali. Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku dan gantikanlah dengan yang lebih baik (dari musibah ini). Wassalam...