...tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah...

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Indahnya! Ukhwah Tercipta kerana Allah s.w.t, Jazakumullah Khairan Kathira

Ahad, 1 September 2013

Mujahidah Sejati



Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasah iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-Quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Semoga Hijab menjadi 
Pakaianmu..
Semoga Kesucian menjadi
Amalanmu..
Semoga Kesopanan menjadi
Perhiasanmu..
Semoga Syurga menjadi 
Tempatmu..

Ahad, 14 Julai 2013

Indahnya...


Wahai Isteriku,

Indahnya dunia..
tapi sayang hanya sementara.
Indahnya saat gembira..
hanya seketika.
Indahnya mimpi..
kadang-kadang menakutkan.
Tapi indahnya Ramadhan..
tak dapat ditukar ganti.
Selamat menunaikan solat terawih & 
menunaikan ibadah puasa..

Salam Ramadhan al-Mubarak. Marilah kita menunaikan ibadah iklas kerana Allah Ta'ala.

Daripada: Suami mu

Rabu, 20 Mac 2013

Perwira



Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

*
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Semoga tabah hati

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Untuk ibu pertiwi

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku


Ahad, 14 Oktober 2012

Bersederhanalah Dalam Bercinta

CINTA ada kala memberikan kita KEKUATAN. Namun, andai disalahguna, boleh menjatuhkan kita. Yakinlah bahawa bukan cinta itu yang SALAH. Tapi kita yang gagal memahami ERTI CINTA SEBENAR. Kita yang gagal menguruskannya.

BENAR, perasaan CINTA adalah FITRAH. Tidak kira sama ada manusia atau sesiapa selagi termasuk dalam golongan makhluk yang bernyawa. Rasa cinta itu tidak hanya tercipta dalam kalangan manusia sahaja. Bahkan haiwan juga mempunyai rasa cinta yang tersendiri. Cara bagaimana ia diluahkan dan dinyatakan, mereka punya tabii tersendiri. Apa yang penting, rasa cinta itu tetap WUJUD walaupun kepada seekor haiwan. 

Rasa cinta telah wujud lama tetap SUCI dan ABADI. Bahkan TIDAK AKAN HILANG selama-lamanya sehingga akhir masa. Rasa cinta itu adalah sesuatu yang kekal. Siapakah yang boleh menghalang perasaan cinta? Sesungguhnya, perasaan cinta itu dimiliki oleh setiap insan. Tidak kira peringkat usia. Sama ada dia adalah seorang kanak-kanak, dewasa atau orang yang telah tua usianya. Perasaan INGIN BERCINTA dan DICINTAI itu tetap ada.

Dan, tidak menjadi kesalahan memiliki rasa cinta ini. Sebagai seorang insan biasa, ia adalah fitrah. Tetapi, kita perlu punya KEKUATAN untuk MENGAWAL perasaan itu agar tidak menimbulkan fitnah dan masalah pada kemudian hari. 

Ya, BERCINTALAH! Kita LAYAK untuk mencintai apa sahaja yang dibenarkan syarak. Bercintalah dengan rumahtangga, anak-anak, suami atau isteri. Tapi, ingat! Jangan sesekali cinta kepada semua itu MELEBIHI DARIPADA CINTA kita kepada ALLAH dan RASULULLAH.

CINTA kepada ALLAH dan RASULULLAH adalah KEMUNCAK SEGALA CINTA. Para sahabat dan kaum Muslimin terdahulu telah melaluinya. Mereka telah mengharungi pelbagai ujian semata-mata untuk MEMBUKTIKAN bahawa cinta yang dua itu adalah cinta yang TERAGUNG. Ahli keluarga, harta kemewahan dan perhiasan duniawi bukanlah penghalang untuk mereka menzahirkannya. Bukti yang mereka tunjukkan adalah DEMI CINTA SEJATI.


Tapi, ini bukanlah bermakna kita perlu membuang dunia dan perhiasannya semata-mata mencari akhirat. Cuma hanya sebagai nasihat agar kita SENANTIASA BERHATI-HATI dan BERSEDERHANA dalam cinta. 

Janganlah memberi cinta MELEBIHI HADNYA. Kelak kita yang akan dikecewakan. Begitu juga JANGAN MEMBENCI seseorang itu melebihi hadnya. Ada kala orang itu jugalah suatu hari nanti akan menjadi SAHABAT kita..

( Pesanan untuk abe..  أحبك حباً جماً )

Sabtu, 11 Februari 2012

Salam Penuh Cinta dan Sayang Buat Isteriku si Qurratul Ain...

Selautan limpahan syukur yang tidak terucap buat Pemilik Segala Cinta Allah Azza Wajalla, kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita berdua akhirnya diizinkan untuk bersatu di bawah lembayung cinta-Nya melalui akad nikah yang penuh suci dan bersejarah.

Terzahir jua rahsia jodoh terbaik yang hanya tersembunyi di antara diri kita dengan Allah SWT.

Alhamdulillah, termeterai sudah ikatan sah mawaddah warrahmah yang selama ini kita pagarkan dengan benteng syariat, yang kita bajakan dengan benih khasyatullah dan yang kita siramkan dengan hujan zikrullah.

Harap-harap hubungan kita yang terjaga sebelum ini disinari dengan mentari ketenangan, kebahagiaan, kelapangan hati dan jiwa dalam melayari bahtera rumahtangga yang kita bina...hadiah pertolongan daripada Allah SWT buat hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

Juga membuahkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah sebagai pewaris kesinambungan perjuangan ummah Islam. Terima kasih yang tidak terhingga juga kuucapkan buatmu kerana sudi menerima diriku sebagai tempat berteduh buat dirimu. Syukran, syukran, syukran wahai si manisku.

Isteriku sayang, belahan hati abang...

Pertama-tamanya, izinkan untukku berterus-terang kala ini. Sayang...walau betapa tingginya pandanganmu padaku, walau betapa hormatnya hatimu padaku tapi hakikatnya sayang, suamimu ini sebenarnya bukanlah Sayidina Muhammad SAW dan dirimu pula bukanlah Sayidatina Khadijah, bukanlah aku ini Sayidina Ali Karramallahu Wajhah dan bukanlah pula dirimu itu Sayidatina Fatimah al-Zahra, bukanlah aku ini Sayidina Ibrahim Khalilullah dan bukanlah pula dirimu itu Sayidatina Hajar.

Aku bukanlah mereka dan bukan sesiapa jua yang terlalu sempurna lantas mengharapkan pendamping hidup ini yang sedemikian juga. Cuma, di dalam selautan Rahmat dan Rahim-Nya yang Maha Luas, aku mengharapkan serpihan-serpihannya di bawah janji-Nya yang benar: 

"...Dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." 
(Surah al-Nur: 26)

Puas sudah ku menjaga diri dan mengislah jiwa setakat termampu, dengan harapan insan biasa di akhir zaman persisku ini dianugerahi wanita qurratul 'ain - penyejuk mata dan hati sebagai peneman setia dalam kembara hidup mencari setitis cinta Illahi ini. 

Sesungguhnya janji Allah SWT itu benar. Kepada Allah SWT jua kurafakkan syukur dan kepada Allah SWT jua kuserahkan nilaian-Nya terhadap dirimu yang sebenar, kerana manusia yang buta basirohnya sepertiku hanya suka menghukum dengan mata zahir.

Allah SWT yang sebenarnya memiliki, memegang dan menguasai hatimu. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Penilai.

Moga-moga Allah SWT merahmati detik-detik kita menganyam cinta di tikar hari-hari bahagia seterusnya dan memberkati bilah-bilah usia berumahtangga kita. 

Ku akhiri lembaran warkahku ini dengan belaian kalimah cinta yang penuh muluk dan romantis buatmu. Uhibbuki fillah hubban jamma ya Qurratul 'Aini...

Yang menyintaimu penuh syahdu,
Suamimu

Khamis, 24 November 2011

Qasidah Tholama


Tholama asyku ghoromi yaa nurol wujud
wa unadi ya tihaami yaa ma’dinal juud

For so long I have complained of my loneliness
Oh light of existence, light of Allah…
I mention, I call you, oh, Noble Mecca,
Source of excellence and sublimity…

Mun-yati aqshol maromi ahzho bissyuhud
wa aro baabas salami yaa azkal judud

My ultimate expectation and goal is the meeting with you,
It is the crown of my success…
I have seen the Port of Safety,
Oh, he whose essence is purity….

Ya sirajal kauni inni aashiq muntaham
Mughramun wal Madhu fannii Ya Badrat Tamaam

Oh, Light of creations…
verily my longing for you has mountained…
My longing and poem becomes my art
Oh, Perfect Full Moon…

Ishrifil’aroodho’ anni adhnaanis saqom
fiika qod ahsantu zhonni yaa saamil’uhud

Remove the bothersome veil so that I may see you,
I have a strong expectation of your promise of safety
Oh, one who is firm in his promises,…

Yaa sirojal anbiyaa-i yaa’alil janaab.
yaa imaamal atqiyaa-i inna qolbi dzaab

Oh, light of the prophets, Oh, summit of purity,
Leader of the people of Taqwa, My heart is one with you…

Wa’alaikallahu sholla rabbi dzuljalal….
Yakfi yaa nurol ahillah inna hajri thool…

For you may there be the salutations of Allah,…
My Lord is indeed the Master of Every Perfection…
It’s enough for me, Oh, light of Allah,
To journey towards you, surely the separation is long…

Sayyidi wal’umru walla jud bil washli jud

My master, all my life you are my beloved,
Hasten my meeting with you…


Ahad, 13 November 2011

Cintailah Rasulullah kerana baginda s.a.w sangat menyayangi kita

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w.  Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendara dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”

Israfil bersuara: “Wahai orang yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibrail a.s berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibrail a.s berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.”

Baginda s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Baginda s.a.w bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibrail a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”


Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiapkali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya, “Di mana umatku?”

Jibrail a.s berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibrail a.s menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s dan Jibrail a.s menangis. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Mengapa kamu berdua menangis?”

Jibrail a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Dimana umatku?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya: “Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibrail a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi. “Di mana umat Muhammad s.a.w?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibrail a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. “

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku... Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy Allah s.w.t  dan sekali lagi, baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Fatimah r.a bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat. Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!”